Mahfuz: Mansuh pemberian kediaman kepada bekas Perdana Menteri

Menurut Mahfuz, pemberian hadiah kepada Najib adalah sesuatu yang tidak wajar kerana sepatutnya kebajikan rakyat yang menjadi keutamaan kerajaan. Sumber (gambar): Fail TTF

Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan memansuhkan pemberian hadiah kediaman kepada bekas Perdana Menteri.

Justeru, Mahfuz (PH-Pokok Sena) berkata, semakan terhadap Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980 (pindaan 2013) perlu dilakukan.

Sebelum ini, isu peruntukan kediaman bernilai RM100 juta kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh kerajaan mengikut Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980 (pindaan 2013) itu menjadi kontroversi panas.

Ia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang-Langkawi) pada Khamis lalu membangkitkan perkara itu dalam sidang Dewan Rakyat.


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan memansuhkan pemberian hadiah kediaman kepada bekas Perdana Menteri.

Justeru, Mahfuz (PH-Pokok Sena) berkata, semakan terhadap Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980 (pindaan 2013) perlu dilakukan.




Katanya, pemberian hadiah itu adalah sesuatu yang tidak wajar kerana sepatutnya kebajikan rakyat yang menjadi keutamaan kerajaan.

“Kalau dikatakan (hadiah) ini berasaskan peruntukan (dalam akta), saya minta peruntukan itu dimansuhkan.

“Bayangkan pada penggal ini, kita dah ada tiga Perdana Menteri. Adakah kita nak luluskan dan berikan peruntukan kepada ketiga-tiga Perdana Menteri ini seorang RM100 juta,” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 peringkat jawatankuasa di persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Sebelum ini, isu peruntukan kediaman bernilai RM100 juta kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh kerajaan mengikut Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980 (pindaan 2013) itu menjadi kontroversi panas.

Ia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang-Langkawi) pada Khamis lalu membangkitkan perkara itu dalam sidang Dewan Rakyat.

Sumber:

Loading...

WAJIB BACA:

ANALISIS PRN MELAKA: BOIKOT PENGUNDI BERI KELEBIHAN TIPIS PADA BN DI 12 KERUSI

 

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...