Mahathir: Sampai 46 kes boleh terlepas begitu sahaja, elok jawatan Peguam Negara disemak semula

Pada 9hb Jun 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan itu selepas diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid, bahawa pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap Musa. Sumber (gambar): TTF

محضير: سمڤأي 46 كيس بوليه ترلڤس بڬيتو سهاج، ايلوق جاوتن ڤڬوام نڬارا دسمق سمولا

Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan agar fungsi jawatan Peguam Negara disemak semula bagi memastikan wujud pengasingan antara tugas-tugas ‘penghakiman’ dan pendakwa raya.

Menurutnya, pengasingan akan mampu mengelakkan penyalahgunaan kuasa termasuk menggugurkan kes terhadap seseorang tertuduh.

“Kita lihat bagaimana satu orang yang mempunyai 46 kes telah terlepas daripada semua 46 kes ini dengan dinyatakan oleh Peguam Negara (ketika itu), bahawa tidak ada kes untuk ia jawab,” katanya.

Kenyataan Mahathir dipercayai merujuk kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, yang dilepas dan dibebaskan daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.


PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan agar fungsi jawatan Peguam Negara disemak semula bagi memastikan wujud pengasingan antara tugas-tugas ‘penghakiman’ dan pendakwa raya.

Menurutnya, pengasingan akan mampu mengelakkan penyalahgunaan kuasa termasuk menggugurkan kes terhadap seseorang tertuduh.




“Kita lihat bagaimana satu orang yang mempunyai 46 kes telah terlepas daripada semua 46 kes ini dengan dinyatakan oleh Peguam Negara (ketika itu), bahawa tidak ada kes untuk ia jawab.

“Sebaliknya ada satu Peguam Negara dahulu yang menyatakan Perdana Menteri pada ketika itu tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Tetapi selepas dia tidak jadi Perdana Menteri, apabila dibawa ke mahkamah, dia didapati bersalah dan dihukum,” katanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Kenyataan Mahathir dipercayai merujuk kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, yang dilepas dan dibebaskan daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.

Pada 9hb Jun 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan itu selepas diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid, bahawa pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap Musa.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...