Mahathir sah tidak akan berundur

Anwar dan DAP khuatir Mahathir akan bertindak menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membuat deklarasi darurat sebelum membubarkan parlimen dan membentuk kerajaan “penjaga” baru. Sumber (gambar): Fail TTF

Dalam pada wujud desakan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad berundur, beliau betegas tidak akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Mahathir seolah-olah menyindir sinis pihak yang mendakwa beliau bertanggungjawab terhadap kekalahan Pakatan Harapan di Tanjung Piai dengan berkata, “mungkin saya bertanggungjawab, mana saya tahu.”

Kenyataan Mahathir sekaligus menangkis dakwaan kononnya beliau terdesak hingga sedia berunding dengan Anwar berhubung peralihan kuasa Perdana Menteri.

Pihak yang membuat dakwaan berkenaan berasal dari kem Anwar dan diarahkan untuk menimbulkan persepsi seolah-olah Anwar memiliki sokongan majoriti ahli parlimen dan mampu gulingkan Mahathir pada bila-bila masa.


GEORGE TOWN: Dalam pada wujud desakan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad berundur, beliau betegas tidak akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

“Kita belum tahu lagi keadaan negara sekarang ini sama ada bersedia untuk peralihan pentadbiran atau tidak.




“Bila sampai masanya kita tentukanlah,” katanya kepada pemberita sepertimana dilaporakan oleh beberapa portal berita semalam.

Mahathir seolah-olah menyindir sinis pihak yang mendakwa beliau bertanggungjawab terhadap kekalahan Pakatan Harapan di Tanjung Piai dengan berkata, “mungkin saya bertanggungjawab, mana saya tahu.”

Kenyataan Mahathir sekaligus menangkis dakwaan kononnya beliau terdesak hingga sedia berunding dengan Anwar berhubung peralihan kuasa Perdana Menteri.

Pihak yang membuat dakwaan berkenaan berasal dari kem Anwar dan diarahkan untuk menimbulkan persepsi seolah-olah Anwar memiliki sokongan majoriti ahli parlimen dan mampu gulingkan Mahathir pada bila-bila masa.

Hakikatnya, kedua-dua DAP dan Anwar teramat khuatir Mahathir akan menumbangkan PKR dan Pakatan Harapan pada bila-bila masa dengan membawa sebilangan tertentu ahli parlimen dari DAP, AMANAH, PPBM dan PKR (kumpulan Azmin) keluar dari gabungan tersebut.

Sekiranya ini berlaku, DAP dan kumpulan pro-Anwar tidak akan ada tempat untuk berpaut menghala ke Pilihan Raya Umum ke-15 memandangkan UMNO tidak boleh bekerjasama dengan mereka disebabkan PAS.

Anwar dan DAP turut khuatir Mahathir akan bertindak menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membuat deklarasi darurat sebelum membubarkan parlimen dan membentuk kerajaan “penjaga” baru.

Loading...

Dalam senario ini, kedua-dua DAP dan PKR mungkin akan dikuburkan atas tuduhan terlibat dengan kumpulan-kumpulan keganasan tertentu seperti kumpulan militant di Indonesia dan (atau) serpihan LTTE di Sri Lanka.

RJ RITHAUDEEN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...