Mahathir: Orang Yahudi dulu derita bawah Nazi, kini Israel lakukan kekejaman sama terhadap Palestin

Bagi Mahathir, roket yang dilancarkan dari Gaza tidak setanding kemusnahan yang Israel lakukan ke atas bumi Palestin. Sumber (gambar): Fail TTF

محضير: اورڠ يهودي دولو دريتا باوه نازي، كيني إسرائيل لاكوكن ككجامن سام ترهادڤ ڤلسطين

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Kekejaman orang Israel terhadap orang Palestin sama seperti kejamnya Nazi terhadap orang Yahudi, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau sekali lagi tampil ke kaca televisyen bagi mengecam ‘tindakan pengecut’ orang Israel, menerusi Astro Awani hari ini.

Mahathir, yang dikenali lantang dalam isu Palestin, berkata perlunya suatu penyelesaian secara diplomasi bagi menyelesaikan masalah itu kerana tiada kebaikan yang boleh diperolehi dengan keganasan.

Beliau menyeru semua negara Islam dan negara yang mendukung hak asasi manusia supaya membela orang Palestin, menegaskan betapa pentingnya untuk semua pihak berkenaan berbincang dan memikirkan strategi bagi mencapai kemenangan.


PETALING JAYA: Kekejaman orang Israel terhadap orang Palestin sama seperti kejamnya Nazi terhadap orang Yahudi, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau sekali lagi tampil ke kaca televisyen bagi mengecam ‘tindakan pengecut’ orang Israel, menerusi Astro Awani hari ini.




“Kita sangka akan ada perasaan simpati terhadap orang yang menderita, lantaran penderitaan yang orang Yahudi alami semasa rejim Nazi, apabila jutaan dikurung dalam kem tahanan.

“Sebaliknya, orang Israel melakukan kekejaman yang sama terhadap orang Palestin, dalam usaha mereka merampas tanah Palestin.”

Mahathir, yang dikenali lantang dalam isu Palestin, berkata perlunya suatu penyelesaian secara diplomasi bagi menyelesaikan masalah itu kerana tiada kebaikan yang boleh diperolehi dengan keganasan.

Beliau menyeru semua negara Islam dan negara yang mendukung hak asasi manusia supaya membela orang Palestin, menegaskan betapa pentingnya untuk semua pihak berkenaan berbincang dan memikirkan strategi bagi mencapai kemenangan.

“Jika mereka menyokong perjuangan orang Palestin, saya percaya kita akan temui penyelesaian bagi konflik Arab-Israel ini. Tidak ada faedah kalau hanya memikirkan dendam.”

Bagi Mahathir, roket yang dilancarkan dari Gaza tidak setanding kemusnahan yang Israel lakukan ke atas bumi Palestin.

Beliau mengecam polis Israel kerana menyerang orang Palestin di Majlis Al-Aqsa, Baitulmaqdis ketika mereka sedang bersolat dan lemah.

Loading...

“Saya berharap situasi ini akan membuka mata dunia Islam,” katanya, menyifatkan kegiatan Israel terhadap orang Palestin sebagai tidak berperikemanusiaan.

Sumber:

WAJIB BACA:

Setahun lebih berdepan Covid-19, mana ICU, hospital tambahan?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...