محضير، محي الدين جومڤا لڤس عيدالاضحى، بينچڠ كرجاسام منروسي ڤروكلاماسي ملايو
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas hari raya Aidiladha ini.
Menurutnya ia bagi membincangkan kerjasama antara mereka melalui Proklamasi Orang Melayu yang disebut-sebut sebelumnya.
“Sebelum (Hari) Raya Haji agak sukar kerana esok adalah hari raya…saya nak jumpa dengan Muhyiddin untuk jelaskan pergerakan Proklamasi Orang Melayu.
“Ini bukan untuk sokong sesiapa, ia untuk sokong orang Melayu secara keseluruhannya kerana kita lihat orang Melayu hilang kawalan terhadap negara ini dan mereka akan menderita sekiranya tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir negara ini,” katanya pada satu sidang media khas, hari ini.

TONTON: PRU16 MUNGKIN HUJUNG TAHUN INI JIKA PN MENANG 6 NEGERI
Awal bulan ini, Dr Mahathir menyatakan kesediaan untuk Kembali menjalin kerjasama dengan Muhyiddin melalui proklamasi diasasnya itu sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.
Semalam, Muhyiddin dilaporkan bersetuju bertemu dengan Dr Mahathir.
Sebelum ini Mahathir berkata Proklamasi Orang Melayu dilihat mampu memberi kesedaran kepada orang Melayu tentang nasib mereka yang dilihat kehilangan kuasa di negara sendiri di mana jika penyatuan tidak dicapai, kedudukan kaum itu akan semakin terhakis.
Usahanya itu mendapat sokongan beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Penolong Setiausaha Agung, Shahir Sulaiman.
Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa yang juga bekas ahli UMNO turut menyatakan sokongan terhadap proklamasi tersebut.
Dalam pada itu, Mahathir sempat menyindir UMNO yang dipimpin Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merancang untuk menganjurkan Kongres Ekonomi Melayu.
“Sekarang baru teringat nak buat kongres, selama ini cuma teringat nak buat duit,” katanya.
Sumber:
#PMX #Zahid #Anwar #Muhyiddin #Mahathir #ProklamasiOrangMelayu