
محضير، محي الدين اداكن ڤرتموان امڤت مات
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi bagi menjalin kerjasama untuk gerakan Proklamasi Orang Melayu.
Pertemuan kedua-dua bekas Perdana Menteri itu dipercayai yang pertama sejak Langkah Sheraton pada 2020 yang membawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr Mahathir tumbang sebelum Muhyiddin mengambil alih sebagai Perdana Menteri.
Pertemuan Dr Mahathir-Muhyiddin itu menyusul sehari selepas kunjungan Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Azmin Ali ke atas Dr Mahathir, yang turut membincangkan isu orang Melayu.
Sebelum itu, Dr Mahathir turut menyatakan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan Muhyiddin pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi bagi menjalin kerjasama untuk gerakan Proklamasi Orang Melayu.
Difahamkan, kedua-dua pemimpin berkenaan mengadakan pertemuan hampir dua jam di kediaman Dr Mahathir di sini.
Pertemuan kedua-dua bekas Perdana Menteri itu dipercayai yang pertama sejak Langkah Sheraton pada 2020 yang membawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr Mahathir tumbang sebelum Muhyiddin mengambil alih sebagai Perdana Menteri.
Pertemuan Dr Mahathir-Muhyiddin itu menyusul sehari selepas kunjungan Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Azmin Ali ke atas Dr Mahathir, yang turut membincangkan isu orang Melayu.
TONTON: SUMBER RISIKAN SAHKAN PH, BN ALAMI KEJATUHAN TERUK PADA PRN
Muhyiddin dan Azmin adalah antara pemimpin politik utama yang menggerakkan Langkah Sheraton pada Februari 2020.
Pertemuan malam tadi turut dihadiri Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Khairuddin dalam satu kenyataan berkata, pertemuan dua tokoh pemimpin Melayu itu akan memberi semangat baharu kepada gerakan Proklamasi Orang Melayu bagi memacu agenda serta menguatkan kedudukan anak bangsa.
Perjumpaan itu sangat bermakna kerana ia adalah satu manifestasi penyatuan Melayu secara menyeluruh yang sedang diusahakan Dr Mahathir demi memenuhi harapan serta impian orang Melayu.
“Kedua tokoh pemimpin Melayu ini sanggup ketepikan segala perbezaan fahaman politik lampau demi menjaminkan kelangsungan perjuangan untuk memperkasakan kedudukan anak bangsa di bumi bertuah ini.
“Sifat terpuji Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menjadi satu sandaran baharu kepada keseluruhan orang Melayu yang amat ‘dahagakan’ penyatuan atau perpaduan Melayu secara mutlak.
“Bangsa Melayu sedang menuntut penyatuan yang jitu demi memperkasakan semula kedudukan anak bangsa supaya menjadi satu bangsa yang dihormati oleh semua pihak baik di dalam mahupun luar negara,” katanya.
Media minggu lalu melaporkan, bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) berhasrat menemui Ahli Parlimen Pagoh itu bagi menjelaskan mengenai tujuan Proklamasi Orang Melayu.
Dr Mahathir berkata, proklamasi itu memberi sokongan kepada Melayu secara menyeluruh kerana pihaknya melihat kaum itu seperti hilang kawalan sepenuhnya terhadap negara ini dan mereka akan terseksa jika tidak boleh berkata apa-apa untuk negara ini.
Sebelum itu, Dr Mahathir turut menyatakan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan Muhyiddin pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Dalam reaksi balas, Muhyiddin menyatakan kesediaan beliau sedia bekerjasama dengan Dr Mahathir demi matlamat memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.
Tambahnya, kesediaan itu didorong dengan perkembangan politik mutakhir ini yang meletakkan umat Melayu dan Islam di negara ini di persimpangan getir.
Ketika ini, Dr Mahathir mengetuai gerakan Proklamasi Orang Melayu, yang mendapat sokongan daripada Muhyiddin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Dalam pada itu, Khairuddin berkata niat ikhlas Dr Mahathir mengilhamkan Proklamasi Orang Melayu mendapat sambutan yang amat luar biasa dari keseluruhan orang Melayu di seluruh pelusuk tanah air.
“Sesungguhnya, gerakan Proklamasi Orang Melayu secara ‘non partisan’ membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana individu Melayu yang bersemangat untuk bersatupadu tanpa mengira fahaman ideologi politik.
“Sekretariat Proklamasi Orang Melayu akan mengembangkan satu daya usaha untuk menyatu padukan keseluruhan umat Melayu secara ‘total’ seterusnya mengenalpasti segala polemik permasalahan dan memperkenalkan formula penyelesaian ke atas setiap masalah yang membelenggu kita selama ini.
“Kita hanya ingin membicarakan mengenai setiap permasalahan melayu serta menyelesaikannya berteraskan ‘hak-hak’ orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Sumber:
#Mahathir #ProklamasiOrangMelayu #PRN #Muhyiddin
