Mahathir: Kerajaan tak pandai berniaga, mungkin jual FGV pada Syed Mokhtar Al-Bukhary

Mahathir berkata adalah menjadi kebiasaan hartanah dijual kepada pihak swasta yang mampu membangunkannya, sekali gus memberi pulangan kewangan kepada kerajaan. Sumber (gambar): TTF

Kerajaan tidak menolak kemungkinan menjual FGV Holdings Berhad (FGV) kepada tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berikutan hutang yang ditanggung syarikat itu terlalu besar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, dalam isu FGV mungkin berlaku rundingan bagi membolehkan Syed Mokhtar mengambil alih kepentingannya bagi membolehkan syarikat itu kembali untung.

“FGV menanggung kerugian berbilion ringgit, jika syarikat biasa rugi ia akan ditutup atau dijual.

“Kerajaan tidak pandai berniaga dan untuk serah kembali FGV kepada FELDA juga sukar kerana agensi itu juga rugi,” katanya selepas Majlis Perasmian Jakel Langkawi, di sini, hari ini.


LANGKAWI: Kerajaan tidak menolak kemungkinan menjual FGV Holdings Berhad (FGV) kepada tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berikutan hutang yang ditanggung syarikat itu terlalu besar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, adalah menjadi kebiasaan hartanah dijual kepada pihak swasta yang mampu membangunkannya, sekali gus memberi pulangan kewangan kepada kerajaan.




Jelasnya, dalam isu FGV mungkin berlaku rundingan bagi membolehkan Syed Mokhtar mengambil alih kepentingannya bagi membolehkan syarikat itu kembali untung.

“FGV menanggung kerugian berbilion ringgit, jika syarikat biasa rugi ia akan ditutup atau dijual.

“Kerajaan tidak pandai berniaga dan untuk serah kembali FGV kepada FELDA juga sukar kerana agensi itu juga rugi,” katanya selepas Majlis Perasmian Jakel Langkawi, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai penjualan ekuiti FGV, Dr Mahathir berkata, FELDA tidak akan mampu menguruskan FGV kerana syarikat itu hanya mencatatkan keuntungan ketika di era Tan Sri Raja Muhammad Alias menjadi pengerusi.

“Dahulu perniagaan FELDA boleh catat keuntungan hingga RM1 bilion, tetapi kini cuma kira-kira RM250 juta setahun.

“Dahulu ketika FGV dilancarkan, sahamnya bernilai lebih RM4 tetapi kini nilainya hanya kira-kira RM1, jadi kita kena cari jalan dapatkan balik duit untuk bantu mereka yang beli saham FGV termasuk peneroka FELDA sendiri,” katanya.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mazlan Aliman, ketika ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional AMANAH 2019 di Shah Alam, Lembaga Pengarah FELDA dijangka bertemu Dr Mahathir esok untuk membincangkan isu pengambilalihan FGV.

Loading...

Mazlan yang juga Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkata pihaknya merayu kepada kerajaan pimpinan Dr Mahathir untuk tidak membenarkan pengambilalihan itu oleh pihak lain, sebaliknya mengembalikan tanah FGV kepada FELDA.

Beliau berkata, jika pengambilalihan itu dibenarkan, ia akan mengundang akibat buruk kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...