
TONTON JUGA: DALANG UTAMA KEKANGAN KEBEBASAN BERSUARA BUKAN DARI MALAYSIA
HARAKAH DAILY: “Malaysia dahulu dijajah oleh British. Mereka berkuasa ke atas orang Malaysia. Mereka tidak membenar kita berpolitik, tidak menubuh parti politik.
“Oleh itu kita berjuang untuk kemerdekaan, berjuang untuk kebebasan. Dan kita berjaya. Kita memerintah negara kita sendiri. Kita bebas.
“Tetapi hari ini rakyat sudah tidak bebas bersuara, tidak boleh bercakap berkenaan 3R (agama, kaum, dan institusi diraja).
“Surat khabar (media) tidak boleh lapor ucapan pembangkang. Pemberita yang tidak puji kerajaan diarahkan disiasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M), dalam satu kenyataan terbaharu telah mengulas mengenai erti sebenar kemerdekaan dalam konteks Malaysia hari ini.
Menurut beliau, kemerdekaan sepatutnya bermakna kebebasan, bebas daripada penjajahan, tekanan, dan kezaliman kerajaan.
“Malaysia dahulu dijajah oleh British. Mereka berkuasa ke atas orang Malaysia. Mereka tidak membenar kita berpolitik, tidak menubuh parti politik.
“Oleh itu kita berjuang untuk kemerdekaan, berjuang untuk kebebasan. Dan kita berjaya. Kita memerintah negara kita sendiri. Kita bebas.
“Tetapi hari ini rakyat sudah tidak bebas bersuara, tidak boleh bercakap berkenaan 3R (agama, kaum, dan institusi diraja).
“Surat khabar (media) tidak boleh lapor ucapan pembangkang. Pemberita yang tidak puji kerajaan diarahkan disiasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tun M juga membandingkan situasi sekarang dengan zaman penjajahan British, di mana rakyat lebih bebas untuk menyuarakan pendapat melalui media, forum, dan demonstrasi tanpa perlu mendapat kelulusan kerajaan.
“Kita boleh cakap berkenaan 3R dan tidak dipanggil oleh polis untuk disoal ataupun ditahan di zaman sebelum merdeka.
“Tapi sekarang pelbagai sekatan dikenakan (tindakan). Sentuh 3R polis akan panggil dan dakwaan dibuat.
“Sedangkan 3R tidak melalui proses membuat undang-undang. Pernyataan oleh PM adalah undang-undang. Lulusan Dewan Rakyat tidak perlu.
“Media sosial juga akan disekat. Tidak akan ada kebebasan yang dijanjikan,” katanya.
Sehubungan dengan itu, Tun M turut mempersoalkan apakah sebenarnya yang diraikan oleh rakyat Malaysia pada Hari Merdeka, kerana menurutnya, kemerdekaan yang sebenar kini hanya dinikmati oleh kerajaan, manakala rakyat semakin hilang kebebasan mereka.
“Kalau dahulu membuat undang-undang perlu mengikut proses, sekarang tidak perlu. ‘My word is law‘, sikap Perdana Menteri. Dan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun bertindak.
“Tuduhan yang tidak berasas boleh dibuat oleh Kerajaan dan siasatan dilakukan. Rakyat yang tidak salah pun boleh dipaksa melapor pendapatan dan perbelanjaan selama berpuluh tahun. Tidak patuh akan didenda atau dipenjara.
“Siasatan boleh ambil masa yang panjang sehingga perbicaraan bertahun-tahun lamanya. Justice delayed is justice denied (keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang dinafikan).
“Tekanan boleh dibuat oleh Kerajaan tanpa sebab supaya punca kekayaan dijelas. Harta boleh ditahan sehingga menjadi tekanan ke atas pemilik. Tahanan harta tidak terhad masa. Passport boleh dirampas,” jelas beliau.
Selain itu, beliau mengkritik tindakan kerajaan yang boleh menghentikan perbicaraan terhadap penjenayah yang dituduh, dan dalam beberapa kes, hukuman ke atas kesalahan besar dikurangkan atau penjenayah dibebaskan, manakala kesalahan kecil dikenakan hukuman berat.
“Banyaklah lagi sekatan yang dibuat oleh Kerajaan yang menunjuk kebebasan Kerajaan dan menidakkan kebebasan (Merdeka) rakyat.
“Kerajaan sudah menjadi ‘Abang Besar’ yang akan tentu apa kita boleh buat dan tak boleh buat. Apa yang kita boleh kata, dan apa yang tak boleh dicakap. Sudah tentu tidak boleh sentuh apa-apa yang Kerajaan tidak suka.
“Jadi, apakah yang rakyat rayakan pada hari Merdeka? Apakah rakyat rayakan Kerajaan yang merdeka dan rakyat yang tidak merdeka,” katanya.
Sumber:
