Mahathir disiasat berkait Proklamasi Orang Melayu, hina Institusi Diraja

Rakaman percakapan ke atas Mahathir dilakukan di Yayasan Albukhary. Sumber (gambar): Fail TTF

محضير دسياسات بركايت ڤروكلاماسي اورڠ ملايو، هينا اينستيتوسي دراج

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah merakam percakapan Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kenyataan bekas perdana menteri itu berkenaan institusi diraja serta proklamasi orang Melayu.

Demikian menurut Berita Harian, yang memetik Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin sebagai berkata, sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman merakam percakapan Mahathir jam 10.30 pagi tadi. 

Terdahulu, seorang peguam yang mewakili Mahathir memaklumkan beliau menemani bekas Ahli Parlimen Langkawi itu sepanjang proses rakaman percakapan dilakukan di Yayasan Albukhary.

Menurut peguam itu, Mahathir Mohamad disoal siasat oleh polis di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas dakwaan “aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen”.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah merakam percakapan Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kenyataan bekas perdana menteri itu berkenaan institusi diraja serta proklamasi orang Melayu.

Demikian menurut Berita Harian, yang memetik Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin sebagai berkata, sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman merakam percakapan Mahathir jam 10.30 pagi tadi.




“Rakaman percakapan ke atas bekas Perdana Menteri itu dilakukan di Yayasan Albukhary, di sini mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

“Siasatan dijalankan mengenai kenyataan Mahathir yang berunsur penghinaan terhadap institusi diraja dan proklamasi orang Melayu,” katanya.

TONTON: TUN M DISIASAT BERKAIT PROKLAMASI MELAYU, DASAR KERAJAAN BERHUBUNG MELAYU-ISLAM MAKIN MENGELIRUKAN

Terdahulu, seorang peguam yang mewakili Mahathir memaklumkan beliau menemani bekas Ahli Parlimen Langkawi itu sepanjang proses rakaman percakapan dilakukan di Yayasan Albukhary.

“Kami dimaklumkan enam laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini terhadap Tun (Mahathir) dan Proklamasi Melayu.

“Membincangkan apa yang ada dalam perlembagaan, hak orang Melayu dilindungi dan diperuntukkan secara perlembagaan. Ia satu bentuk kebebasan bersuara, selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang.

“Ini hanyalah intimidasi polis terhadap Tun,” katanya sepertimana dilaporkan oleh Malaysiakini.

Menurut peguam itu lagi, Mahathir Mohamad disoal siasat oleh polis di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas dakwaan “aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen”.

Loading...

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...