MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI

Kabinet yang ditubuhkan oleh Ismail Sabri melayakkan kerajaan pimpinannya digelar “kerajaan gagal 2.0.” Sumber (gambar): Fail TTF

“Saya berharap Ismail Sabri akan sedar diri dan mengurangkan saiz kabinet sambil memperkenalkan sekurang-kurangnya 60 peratus muka baharu bagi jawatan menteri. Tidak masuk akal jika diwujudkan kabinet yang sebegitu besar merangkumi lebih 90 peratus menteri yang terbukti gagal sedangkan Ismail Sabri berhasrat mewujudkan Majlis Pemulihan Negara yang seharusnya memikul sebahagian tanggungjawab kerajaan”

Raggie Jessy Rithaudeen

معاف، ساي تق بوليه ڤرتاهن ءكراجأن سالين كوليتء اسماعيل صبري

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Setiap kapal hanya boleh ada seorang kepten, dan disebabkan saya mendukung prinsip perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad, saya bersetuju untuk ‘bertolak ansur’ demi Bangsa dan Negara dan hanya akan mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri secara membina jika perlu.

Namun, hakikat tetap hakikat, dan secara peribadi, saya bersetuju dengan pendapat Salahuddin Ayub bahawa kabinet yang ditubuhkan oleh Ismail Sabri melayakkan kerajaan pimpinannya digelar “kerajaan gagal 2.0.”




Janganlah minta saya menjadi hipokrit, dan jangan halang saya daripada menyatakan kebenaran ini.

Without principles, I am nothing.

Berbekalkan semangat ini, saya bersyukur atas kenyataan terkini Mahathir yang mengesahkan bahawa beliau sendiri kecewa dengan barisan Jemaah Menteri yang disusun oleh Ismail Sabri yang disifatkan sebagai “tidak jauh berbeza daripada kabinet (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin).”

Biarpun ada pertukaran sedikit di sana sini, setiap kerajaan yang ditubuhkan bertindak secara kolektif dalam membuat sebarang keputusan, dan 90% yang dilantik ke kabinet Ismail Sabri terlibat secara langsung dalam kegagalan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

Kalau inilah kesudahannya, maka tidak ada sebarang logik dalam tindakan kumpulan 15 dari UMNO (diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) melainkan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri.

Jangan lupa, kumpulan yang sama ini bersekongkol dengan Muhyiddin ketika Langkah Sheraton untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan sebelum mengorak langkah untuk menumbangkan Muhyiddin.

Makin jelas sekarang bahawa apa yang saya katakan selama ini benar, iaitu misi Najib dan Zahid dari awal lagi adalah untuk kembali menguasai kerajaan menerusi 3 fasa, iaitu:

Loading...

Fasa 1: Melumpuhkan Pakatan Harapan menerusi sekongkol dengan Muhyiddin dan Datuk Seri Azmin Ali,

Fasa 2: Melumpuhkan Muhyiddin dengan memperdaya pembangkang untuk bekerjasama menumbangkan kerajaan, dan

Fasa 3: Menguasai tampuk kepimpinan negara secara beransur-ansur dengan menggulingkan Perdana Menteri yang menggantikan Muhyiddin (kemungkinan untuk fasa ini berlaku agak tinggi).

Saya berharap Ismail Sabri akan sedar diri dan mengurangkan saiz kabinet sambil memperkenalkan sekurang-kurangnya 60 peratus muka baharu bagi jawatan menteri.

Tidak masuk akal jika diwujudkan kabinet yang sebegitu besar merangkumi lebih 90 peratus menteri yang terbukti gagal sedangkan Ismail Sabri berhasrat mewujudkan Majlis Pemulihan Negara yang seharusnya memikul sebahagian tanggungjawab kerajaan.

Apa pun, saya tetap dengan pendirian bahawa suhu politik perlu diturunkan dan segala kritikan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 haruslah membina, bukannya membinasa.

Jadi berjuanglah supaya wabak Covid-19 dapat dijinakkan secepat mungkin agar parlimen dapat dibubarkan dan Pilihan Raya Umum ke-15 dapat diadakan.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...