“Sekiranya Lokman masih belum dipecat, tindakan beliau mengumumkan pemecatannya sungguh tidak bertanggungjawab dan mampu menimbulkan kekecohan”
Raggie Jessy Rithaudeen
Sebentar tadi, Datuk Lokman bin Noor Adam mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dimaklumkan telah dipecat daripada menjadi ahli UMNO.
Walaubagaimanapun, portal Free Malaysia Today memetik keyataan Bung Moktar sebagai berkata UMNO menyerahkan kepada Lembaga disiplin untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Lokman.
Ini menimbulkan persoalan sekiranya Lokman benar-benar dipecat sperti yang didakwanya sendiri ataupun dakwaan beliau permainan persepsi untuk meraih simpati.
Sekiranya Lokman masih belum dipecat, tindakan beliau mengumumkan pemecatannya sungguh tidak bertanggungjawab dan mampu menimbulkan kekecohan.
Justeru, saya menggesa agar beliau segera mengeluarkan kenyataan rasmi dan jelaskan bagaimana beliau mendapat tahu berhubung pemecatannya daripada UMNO.
Sebentar tadi, TTF melaporkan:
Datuk Lokman bin Noor Adam dikhabarkan telah dipecat sebagai ahli UMNO berkuatkuasa serta merta susulan tindakan beliau menyerang presiden parti secara terbuka dan mendedahkan rahsia-rahsia parti kepada umum.
Menurut sumber (yang memetik Lokman), Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat sejak petang tadi membincangkan isu Lokman bersama cadangan pembentukan kerajaan campuran yang bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam tanpa kem Anwar dan sebilangan besar ahli parlimen DAP.
Lokman sebentar tadi mengesahkan pemecatannya dari UMNO.
ARTIKEL BERKAITAN:
