Lokman Adam perlu dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO

 

Pemerhati Politik




Untuk mengembalikan kegemilangan  UMNO sebagai sebuah parti keramat, Dato Lokman Adam perlu dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Ini berdasarkan faktor-faktor seperti berikut :

a) Dato Lokman Adam calon Majlis Tertinggi yang dilihat matlamat perjuangannya jelas dalam Mempertahankan Perlembagaan Negara terutama Mempertahankan Kedudukan Raja-Raja Melayu, Mempertahankan Hak Istimewa Orang Melayu dan Kedudukan Islam Sebagai Agama Rasmi Persekutuan

b) Taglinenya DEMI AGAMA,BANGSA & TANAIR,NYAWA KU PERTARUHKAN selari dengan perbuatan dan tindakannya. Beliau terbukti melakukan tindakan untuk mempertahankan kedaulatan negara, kesucian agama islam sebagai agama rasmi persekutuan hak istimewa orang melayu dengan melaksanakan program-program dibawah kumpulan yang dinamakan

c) Dato Lokman Adam dilihat mempunyai inisiatif dan bekerja bersungguh sungguh untuk mengembalikan kekuatan UMNO. Lihat pada tindakan drastiknya yang mewujudkan PEMANTAU selepas UMNO tewas pilihanraya-14 dan melalui PEMANTAU dilaksanakan beberapa program demi mempertahankan kedaulatan negara dan mengembaalikan sokongan rakyat terhadap kepimpinan UMNO.

d) Dato Lokman Adam juga merupakan Pakar Pengurusan Isu Politik & Ekonomi Negara. Oleh  kerana kepakarannya itulah beliau dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia waktu dahulu yang mana menjadi tanggungjawab beliau membuat penerangan ekonomi dan politik di seluruh negara.

e) Dato Lokman Adam mempunyai kelebihan untuk menarik sokongan rakyat terhadap UMNO kerana kepetahannya membuat penerangan isu politik dan ekonomi. Selain itu, beliau telah dikenali ramai seluruh negara kerana ditugaskan untuk membuat road tour penerangan isu ekonomi dan politik di seluruh negara di zaman BARISAN NASIONAL menjadi kerajaan dahulu.

f) Dato Lokman Adam tidak terpalit dengan sebarang isu atau skandal walaupun beliau dahulu bertugas di Kementerian Kewangan Malaysia yang dikenali dengan lubuk duit. Namun begitu, tiada satu pun penyalahgunaan kuasa dilakukan oleh beliau untuk kepentingan peribadinya. Pemimpin bebas isu sebegini diperlukan untuk berada dalam saf kepimpinan UMNO.

Loading...

g) Dato Lokman Adam diperlukan untuk berada dalam saf kepimpinan UMNO adalah kerana kebolehan beliau dalam pengurusan isu politik dan ekonomi. Untuk menangkis serangan politik terhadap UMNO, Dato Lokman Adam perlu berada dalam saf kepimpinan UMNO. Beliau mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk mempertahankan UMNO dalam perang politik Malaysia.

Oleh itu, demi mengembalikan kekuatan UMNO dan demi menjadikan UMNO kembali berkuasa seperti dahulu, para pemilih perlu memilih Dato Lokman Adam untuk berada di dalam saf kepimpinan UMNO kerana jika beliau tidak terpilih, UMNO akan kehilangan seorang pemimpin muda yang hebat dan berkaliber yang mana mempunyai kekuatan serta kemampuan untuk mengembalikan semula kekuatan UMNO sebagai sebuah parti keramat.

Sumber: Pemerhati Politik



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...