
لقمان آدم كمبالي سباڬاي اهلي مقت امنو
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
‘Alhamdulillah, saya kembali sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) selepas pemecatan saya dibatalkan,” kata Datuk Lokman Noor Adam.
Katanya, beliau dihubungi Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan yang memaklumkan bahawa mesyuarat MKT malam tadi bersetuju membatalkan pemecatannya sebelum ini.
Sementara itu di dalam Instagram, Lokman turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan parti yang mendoakannya selama ini.
“Dengan pembatalan ini, hak saya untuk bertanding dalam pemilihan kali ini sudah dikembalikan,” katanya
KUALA LUMPUR: ‘Alhamdulillah, saya kembali sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) selepas pemecatan saya dibatalkan,” kata Datuk Lokman Noor Adam.
Katanya, beliau dihubungi Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan yang memaklumkan bahawa mesyuarat MKT malam tadi bersetuju membatalkan pemecatannya sebelum ini.
Menurutnya, sebagai ahli MKT yang menang bertanding, dia mendapat kembali haknya di dalam parti dan layak bertanding pada pemilihan akan datang.
“Saya menang sebelum ini. Tadi Timbalan Presiden ada hubungi memaklumkan perkara ini. Sekarang saya kembali sebagai MKT,” katanya ketika dihubungi.
TONTON: ISU UEC
Sementara itu di dalam Instagram, Lokman turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan parti yang mendoakannya selama ini.
“Dengan pembatalan ini, hak saya untuk bertanding dalam pemilihan kali ini sudah dikembalikan,” katanya
Sebelum ini pada 7 Februari 2020, beliau dipecat daripada MKT dipercayai ada kaitan dengan tindakannya mempersoalkan Ahmad Zahid mengenai kemungkinan Umno akan bergabung dengan pakatan baharu bersama kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, beliau yang juga Presiden Laskar Siber Malaysia itu tetap lantang mempertahan Umno menerusi siaran langsung di media sosial bagi menjawab persoalan politik di dalam negara.
Sumber:
