Raggie Jessy Rithaudeen
Saya telah dijemput sebagai panel bagi sesi temubual/soal jawab TUNTUT pada pukul 9 malam ini dan telahpun bersetuju untuk menghadirinya.
Sidang ini akan disiarkan secara live menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeendan juga beberapa saluran lain, termasuk Facebook TUNTUT.
Sesi ini berjudul “Langkah Mahathir,” dan dijangka memperinci, antara lain, pembentukan sebuah gabungan parti pemerintah baru yang bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam.
Antara perkara yang akan cuba saya sentuh termasuklah sokongan ahli-ahli parlimen UMNO, PKR, Sabah, Sarawak, AMANAH dan WARISAN terhadap usaha mencantas DAP dan kem Datuk Seri Anwar Ibrahim dari arena politik kebangsaan.
Sesi ini turut dijangka akan membincangkan pengaruh gandingan Datuk Seri Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dalam PKR, penguasaan sebenar Azmin terhadap parti berkenaan dan kemungkinan berlaku undi tidak percaya terhadap Anwar.
Antara perkara lain yang mungkin disentuh termasuk:
- Barisan Baru Nasional: Realiti atau palsu?
- Agenda Zahid Hamidi: Benarkah wujud?
- Anwarisme dalam UMNO: Sejauh manakah kebenarannya?
- DAP terlemah dalam sejarah: Benarkah begitu?
- Sokongan DAP dan ahli parlimen terhadap Anwar
Perkara-perkara yang telahpun saya bincang dalam satu sidang media Selasa lepas turut mungkin disentuh (bergantung pada kehendak moderator), termasuk:
- Kuasa Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk memecat Mahathir
- Perlukah diadakan gabungan politik baru bersama Mahathir
- Benarkah Muafakat Nasional akan menang sekiranya Pilihan Raya Umum diadakan esok?
- Siapakah yang memulakan slogan “Bubar Parlimen?”
- Apakah sebab sebenar ekonomi negara merudum begitu teruk?
- Adakah benar dakwaan salahlaku seksual yang dibuat oleh Muhammed Yusoff Rawther terhadap Anwar?
- Siapakah bakal Perdana Menteri ke-8?
Saksikanlah siaran live ini pada pukul 9 malam nanti.Siaran ini dijangka akan berlangsung selama sejam hingga sejam setengah
