Lima isu Najib tulis hari ini, satu pun tak jawab ucapan pengantin baharu

Najib masih tidak menjawab ucapan ‘Selamat Pengantin Baru’ kepadanya oleh Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Sumber (gambar): Agenda Daily

ليما ايسو نجيب توليس هاري اين، ساتو ڤون تق جواب اوچاڤن ڤڠنتين بهارو

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus menjadi ‘juara’ dalam membangkitkan pelbagai isu tempatan, terutama di laman Facebook (FB) beliau yang mempunyai lebih 4.6 juta pengikut.

Melalui semakan di laman FB beliau hari ini sahaja bekas Presiden UMNO yang dikaitkan dengan skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia itu, memuat naik lima isu yang menjadi perbincangan umum.

Bagaimanapun, dalam kesibukannya mengulas pelbagai isu itu, Najib terlupa netizen sedang menunggu jawapan berhubung gambar yang tular di media sosial sejak tiga hari lalu sehingga mencetuskan spekulasi beliau mempunyai keluarga baharu.

Semalam, beliau tidak mahu melayan soalan wartawan berhubung gambar tular itu. Tindakannya itu diluar kebiasaan kerana sebelum ini Najib memang mudah dan cepat memberi sebarang ulasan balas jika ditanya wartawan. Bagaimanapun kali ini masih mengunci mulut berhubung isu gambar tular tersebut.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Terbaharu, pada jam 2.43 petang ini, Najib mengulas mengenai laporan media mengatakan sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan sedang menyediakan pakej untuk membantu Sapura Energy.

Beliau berharap kerajaan, sama ada melalui Petronas atau tidak, akan mengaut keuntungan yang besar daripada usaha pemulihan Sapura sebagaimana kerajaan Amerika Syarikat untung berpuluh bilion dolar ketika menyelamatkan Citibank dan AIG.

“Melihat masalah jangka masa pendek syarikat Sapura serta industri minyak dan gas dunia secara keseluruhan ketika ini, peluang bagi kerajaan mengaut keuntungan berbilion-bilion adalah cerah,” katanya.

TONTON: KLUSTER MAHKAMAH SANGKUT, HANYA 3 JALAN KELUAR

Dalam kiriman keempat di FBnya, Najib mengulas mengenai kenyataan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang mengatakan telah bersara daripada politik kompetitif.

“Uncle kata pada saya bahawa dia sudah bersara politik tapi belum bersara politik,” tulis Najib.

Menerusi kiriman ketiga pula, bekas Perdana Menteri yang didapati bersalah dalam kes SRC International dan dijatuhi hukuman penjara serta denda itu, turut mengulas isu dibangkitkan Kit Siang yang mengatakan ekonomi Malaysia paling lambat membangun ketika pemerintahan Najib.

Najib menolak dakwaan itu dengan memberikan angka kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2017 sebanyak 5.9 peratus ketika menjadi Perdana Menteri, berbanding 2018 sebanyak 4.8 peratus dan 4.3 peratus (2019) ketika anak Kit Siang, Lim Guan Eng menjadi menteri kewangan.

Loading...

Menerusi kiriman kedua hari ini, Najib mengulas mengenai isu Sri Lanka yang dikaitkannya dengan kenyataan dibuat Kit Siang.

“Kerajaan Sri Lanka menang PRU pada tahun 2019 dengan janji manifesto turunkan kadar GST dari 15% ke 8%. Tak sampai 3 tahun, negara bakal bankrap dan sedang menghadapi krisis kewangan yang teruk. Patutlah uncle kata Malaysia bakal jadi Sri Lanka. Polisi depa rupanya,” katanya.

Terdahulu pada jam 8.32 pagi tadi, Najib turut mengulas mengenai Transit Aliran Massa 2 (MRT2) yang akan mula beroperasi mulai jam 3 petang 16 Jun depan membabitkan Damansara, Kampung Selamat, Sungai Buloh, Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu.

“Tak sabar nak naik… 12 stesen bagi Fasa 1 MRT2 akan mula beroperasi bermula 3pm pada 16 Jun.

“Fasa terakhir dari Kampung Batu ke Putrajaya pula beroperasi pada bulan Januari tahun depan. Walaupun telah tertangguh selepas PRU14 tapi akhirnya bakal dibuka,” tulis beliau.

Bagaimanapun, dalam kesibukannya mengulas pelbagai isu itu, Najib terlupa netizen sedang menunggu jawapan berhubung gambar yang tular di media sosial sejak tiga hari lalu sehingga mencetuskan spekulasi beliau mempunyai keluarga baharu.

Semalam, beliau tidak mahu melayan soalan wartawan berhubung gambar tular itu. Tindakannya itu diluar kebiasaan kerana sebelum ini Najib memang mudah dan cepat memberi sebarang ulasan balas jika ditanya wartawan. Bagaimanapun kali ini masih mengunci mulut berhubung isu gambar tular tersebut.

Beliau juga masih tidak menjawab ucapan ‘Selamat Pengantin Baru’ kepadanya oleh Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Difahamkan Wan Ahmad Fayhsal membuat ucapan pengantin baharu itu susulan tersebar gambar Najib bersama seorang wanita dan keluarga di media sosial.

Beliau membuat ucapan itu dalam komen di Facebook Najib yang memuat naik statusnya bertemu Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon.

Sumber:

WAJIB TONTON:

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...