
ليم ڬوان اڠ كنتوءي تيڤو ايسو مانيفيستو ڤاكتن هارڤن
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini memulakan serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mendakwa Mahathir menolak untuk terus memenuhi Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pertemuannya dengan Perdana Menteri Isnin lepas.
Walaubagaimanapun, Isnin lalu, Guan Eng berkata partinya memuji Dr Mahathir kerana enggan bekerjasama dengan Umno yang “korup”.
Persoalannya, jika benar Mahathir menolak untuk terus memenuhi Manifesto Pakatan Harapan dalam pertemuan Isnin lalu, mengapakah Lim terus merayu agar Mahathir kembali menerajui Pakatan Harapan?
Bukankan ‘kepulangan’ Mahathir akan membebankan Pakatan jika benar niat Lim adalah untuk memenuhi kesemua peruntukan manifesto?
Lim fikir rakyat bodoh?
PETALING: Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini memulakan serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mendakwa Mahathir menolak untuk terus memenuhi Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pertemuannya dengan Perdana Menteri Isnin lepas.
“Manifesto PH inilah yang menjadi panduan untuk menyatukan kami dan mentadbir negara di bawah kepemimpinan Dr Mahathir seperti dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.
“Dalam perbincangan saya dengannya di Pejabat Perdana Menteri pada 25 Februari lalu, beliau menolak untuk kekal sebagai Perdana Menteri PH dan menolak untuk terus memenuhi janji-janji Manifesto PRU PH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kenyataan ini disyaki berniat jahat memandangkan Guan Eng sendiri memujuk Mahathir untuk kembali menerajui Pakatan Harapan dan Kerajaan Persekutuan.
Isnin lalu, Guan Eng berkata partinya memuji Dr Mahathir kerana enggan bekerjasama dengan Umno yang “korup”.
“Saya telah berjumpa dengan Tun (Mahathir) pagi ini di kediamannya dan terkejut apabila dia memberitahu saya mengenai hasratnya untuk meletakkan jawatan.
“Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa beliau tidak boleh bekerjasama dengan Umno selepas kita bekerja keras untuk menolak Umno semasa pilihan raya 2018.
“DAP memuji pendirian berprinsip Tun yang enggan bekerjasama dengan Umno, yang pemimpinnya terlibat dalam amalan rasuah dan salah tadbir,” kata Lim.
Beliau juga memuji Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia pertama yang bersedia meletakkan jawatan atas prinsip menegakkan integriti dan memerangi rasuah.
Persoalannya, jika benar Mahathir menolak untuk terus memenuhi Manifesto Pakatan Harapan dalam pertemuan Isnin lalu, mengapakah Lim terus merayu agar Mahathir kembali menerajui Pakatan?
Bukankah ‘kepulangan’ Mahathir akan membebankan Pakatan jika benar niat Lim adalah untuk memenuhi kesemua peruntukan manifesto?
Lim fikir rakyat bodoh?
RJ RITHAUDEEN
