Liew Chin Tong terkhilaf, Hishammuddin tidak pernah terlibat ‘Langkah Sheraton’

Mantan Penyelaras Parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

ليايو چين توڠ ترخلاف، هشام الدين تيدق ڤرنه ترليبت ءلڠكه سهيرتونء

Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak pernah terlibat dan bukan perancang utama dalam ‘langkah sheraton’ untuk jatuhkan kerajaan PH pada waktu itu.

Pada waktu itu, saya berhubung dengan ramai pemimpin-pemimpin politik atas dasar bagi menjalinkan tali persahabatan bertukar- tukar pendapat kearah menrealisasikan ketenteraman lanskap politik tanahair.

Sebab itu saya tahu apa yang berlaku pada waktu tersebut.




Namun, tidak dinafikan bahawa Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein mempunyai kekuatan tersendiri kerana terdapat lebih kurang 24 ahli-ahli parlimen UMNO yang menyokong beliau sehingga kini. Ini pendapat kami semata-mata.

Sebenarnya kenyataan YB Liew Chin Tong agak kurang tepat namun menyentuh tentang pembabitan Azmin Ali serta Hamzah Zainuddin selaku perancang utama ‘langkah sheraton’ adalah fakta yang nyata.

Menteri Luar Negara masakini tiada dalam gambaran langsung pada waktu perancangan tersebut.

Kesetiaan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein pada parti UMNO amat kental. Beliau juga adalah seorang tokoh pemimpin yang cukup berhati-hati dalam setiap langkah atau percaturan politiknya.

Tidak mudah untuk sesiapapun hendak mempengaruhinya dalam gerakan politik.

Ahli parlimen Semberong ini bukan orang baru dalam dunia politik. Beliau terlalu lama terbabit dengan politik dari usia yang agak muda.

Perjalanan serta percaturan politik dato seri hishamuddin amat matang.

Loading...

Walaupun beliau masih berada dalam parti UMNO dan kami sudah keluar dari UMNO; saya senantiasa berpegang pada fakta kebenaran yang ‘benar tetap benar’.

Saya pernah berjumpa dengan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein pada suatu masa dahulu untuk tujuan mencari satu formula kesepakatan dalam lanskap politik tanahair.

Tetapi pada waktu itu Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein tetap dengan pendiriannya hanya mahu tumpu kearah melaksanakan agenda bagi menguatkan semula parti UMNO saja.

Isu-isu lain, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak mahu terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

Kenyataan YB Liew Chin Tong kemungkinannya berteraskan pada persepsi peribadi beliau semata-mata.

Fakta mengenai pembabitan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan azmin ali dan hamzah zainuddin untuk mengajurkan ‘langkah sheraton’ tidak benar sama sekali.

Sesungguhnya juga, saya lihat apa saja pendirian politik Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah berteraskan kepada keputusan majlis tertinggi parti beliau.

Kemungkinannya beliau bersetuju menganggotai sebahagian dari PN setelah majlis tertinggi UMNO membuat keputusan tersebut secara konsensus.

Untuk menyatakan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein terlibat dari awal dalam perancangan ‘langkah sheraton’ tidak tepat sama sekali.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...