Lepas rumah Muhyiddin ‘diserbu’ pemimpin parti, Ismail Sabri adakan pertemuan di Hotel Seri Pacific

Sumber TTF mengesahkan laporan bahawa seramai 14 hingga 15 ahli parlimen UMNO telah menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaan pimpinannya setakat ini. Sumber (gambar): Fail TTF

لڤس رومه محي الدين ءدسربوء ڤميمڤين ڤرتي، اسماعيل صبري اداكن ڤرتموان د هوتيل سري ڤاچيفيچ

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Kediaman rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘diserbu’ oleh beberapa pemimpin parti politik malam ini susulan pengumuman penarikan sokongan yang dibuat oleh UMNO terhadap Perikatan Nasional (PN).

Antara yang dilaporkan hadir ialah Menteri Dalam Negeri merangkap Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Pertemuan di rumah Muhyiddin disusuli dengan satu perjumpaan di Hotel Seri Pacific tengah malam ini.

Pertemuan ini dikatakan antara Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan ahli parlimen Umno yang mahu mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional.


PETALING JAYA: Kediaman rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘diserbu’ oleh beberapa pemimpin parti politik malam ini susulan pengumuman penarikan sokongan yang dibuat oleh UMNO terhadap Perikatan Nasional (PN).

Antara yang dilaporkan hadir ialah Menteri Dalam Negeri merangkap Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz.




Turut dilaporkan hadir ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun.

Tidak ketinggalan Menteri Pendidikan merangkap Naib Presiden Bersatu, Radzi Jidin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Bersatu Rina Harun, Presiden MIC SA Vignewswaran and Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan bahawa pertemuan di rumah Muhyiddin disusuli dengan satu perjumpaan di Hotel Seri Pacific tengah malam ini.

Pertemuan ini dikatakan antara Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan ahli parlimen Umno yang mahu mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional.

Ismail Sabri tiba di kawasan hotel tersebut kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Malaysiakini menulis:

Antara ahli parlimen yang sudah sedia menunggu di situ ialah Shahidan Kassim (Arau), Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar) dan Nazri Aziz (Padang Rengas).

Loading...

Maklumat awal menyatakan Shahidan sedang mengumpul sejumlah ahli parlimen Umno untuk menyatakan sokongan kepada PN dalam pertemuan di bangunan terletak bersebelahan dengan Ibu Pejabat Umno Malaysia.

Sebelum itu Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno dilihat berkunjung ke rumah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur bersama beberapa menteri kanan.

Turut dilihat hadir di kediaman presiden Bersatu itu ialah Peguam Negara Idrus Harun.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Zahidi berkata mereka sedang cuba mengumpulkan sokongan untuk kerajaan yang diketuai Muhyiddin.

Ditanya sama ada pertemuan tersebut turut melibatkan ahli parlimen BN, Zahidi berkata: “Tidak, hanya Umno.”

Sementara itu, sumber TTF mengesahkan laporan bahawa seramai 14 hingga 15 ahli parlimen UMNO telah menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaan pimpinannya setakat ini.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Kerajaan sudah terbubar



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...