‘Lelaki botak’ bergelar ‘Dato’ didakwa berlegar di Parlimen dalam usaha bawa wakil rakyat Bersatu sokong Anwar

Lelaki yang sama telah bertemu beberapa wakil rakyat di dalam bangunan Parlimen dalam beberapa hari kebelakangan ini. Sumber (gambar): MalaysiaNow

TONTON: JOM BICARA – PUAD ZARKASHI ‘HALALKAN’ BUDAYA UGUTAN & RASUAH?

ءللاكي بوتقء برڬلر ءداتوء ددعوا برلڬر د ڤرليمين دالم اوسها باوا واكيل رعيت برساتو سوكوڠ انور

Sebuah portal berita mendedahkan bahawa seorang “lelaki botak” yang berlegar-legar di kawasan parlimen menemui ahli-ahli parlimen Bersatu dan berkemungkinan punca empat ahli parlimen dari parti itu mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri.

Menurut MalaysiaNow,  individu berkenaan dalam usia pertengahan dan memperkenalkan dirinya sebagai “Dato.”

Suhaimi adalah antara beberapa ahli Parlimen yang dihubungi lelaki itu dengan alasan mahu berbincang soal “pelaburan dan rancangan pembangunan” termasuk rancangan mendirikan “hotel butik” di kawasan mereka.

Bagaimanapun, ramai ahli Parlimen berkata perbincangan mereka tidak menyentuh mengenai topik itu, sebaliknya tertumpu kepada soal menyatakan sokongan kepada Anwar.


Sebuah portal berita mendedahkan bahawa seorang “lelaki botak” yang berlegar-legar di kawasan parlimen menemui ahli-ahli parlimen Bersatu dan berkemungkinan punca empat ahli parlimen dari parti itu mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri.

Menurut MalaysiaNow,  individu berkenaan dalam usia pertengahan dan memperkenalkan dirinya sebagai “Dato.”




Portal itu menulis:

MalaysiaNow difahamkan lelaki yang sama telah bertemu beberapa wakil rakyat di dalam bangunan Parlimen dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Salah satu pertemuan yang dirakamkan menunjukkan lelaki itu dan seorang rakan sedang berbincang sesuatu dengan Ahli Parlimen Langkawi, Mohd Suhaimi Abdullah.

Suhaimi adalah antara beberapa ahli Parlimen yang dihubungi lelaki itu dengan alasan mahu berbincang soal “pelaburan dan rancangan pembangunan” termasuk rancangan mendirikan “hotel butik” di kawasan mereka.

Bagaimanapun, ramai ahli Parlimen berkata perbincangan mereka tidak menyentuh mengenai topik itu, sebaliknya tertumpu kepada soal menyatakan sokongan kepada Anwar.

“Bila berjumpa, bukan cerita pasal hotel. (Dia kata) ‘sokonglah Anwar, sokonglah PMX,” kata Ketua Pembangkang yang juga Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin minggu lalu.

Hamzah berkata beberapa ahli Parlimen turut ditawarkan jawatan dalam Kabinet dan syarikat berkait kerajaan, di samping tawaran untuk melangsaikan hutang peribadi.

Loading...

Usaha wakil Labuan

Sejak bulan lalu, sekurang-kurangnya empat Ahli Parlimen Bersatu telah mengisytiharkan sokongan mereka kepada Anwar, malah memohon kepada speaker untuk bertukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat bagi mencerminkan pendirian mereka.

Mereka ialah Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Difahamkan, Suhaili telah mendekati beberapa ahli Parlimen Bersatu untuk mengikuti langkahnya.

Salah seorang daripada mereka ialah Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.

“Wakil dia datang nak berjumpa, tapi saya tak mahu,” katanya kepada MalaysiaNow.

Ketika dihubungi, Suhaili menafikan beliau dalam usaha mendapatkan lebih ramai rakan parti untuk beralih sokongan: “Tidak betul. Tidak ada, semua tu fitnah.”

Sementara itu, sumber dalam Bersatu menolak andaian bahawa peralihan sokongan empat ahli Parlimen itu kepada Anwar merupakan strategi mendapatkan peruntukan bagi kawasan mereka.

“Kalau ikutkan, itulah yang diharapkan berlaku. Tetapi langsung bukan. Mereka jelas mengkhianati pengundi pada masa sama mahu mengelak pilihan raya kecil di kawasan mereka,” katanya kepada MalaysiaNow.

Sebelum ini, badan pemantau pilihan raya Bersih berkata sekiranya ahli parlimen pembangkang terpaksa beralih sokongan untuk mendapatkan peruntukan kawasan mereka, ia “menunjukkan realiti malang politik di Malaysia”. 

Anwar setakat ini menolak gesaan untuk memberikan peruntukan sama rata kepada semua kawasan Parlimen, sebaliknya berkata ia akan diberikan sekiranya wakil rakyat “berunding dengan kerajaan” dan “tidak angkuh dan sombong”.

Di bawah undang-undang diluluskan tahun lalu, mana-mana wakil rakyat yang bertukar parti perlu mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil. Bagaimanapun, ahli Parlimen yang dipecat oleh parti tidak perlu mengosongkan kerusi mereka.

Sementara itu, sumber Umno berkata siri peralihan sokongan baru-baru ini hanya mengesahkan desas-desus kerajaan campuran bakal jatuh berikutan rasa tidak puas hati yang semakin meningkat daripada beberapa rakan kongsi.

“Sebab itu penting bagi kerajaan untuk menepis cakap-cakap sedemikian dengan menunjukkan bahawa sokongan semakin meningkat, sekurang-kurangnya dalam media.”

Menurutnya, apa yang berlaku mengingatkan kembali politik Umno pada era 90-an ketika Anwar berjaya menjatuhkan Ghafar Baba, timbalan perdana menteri ketika itu, dalam merebut jawatan nombor dua kerajaan di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.

TONTON: JOM BICARA – PUAD ZARKASHI ‘HALALKAN’ BUDAYA UGUTAN & RASUAH?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...