
لبيه 50ق تتامو بنجيري كومڤليك س ڤاس قدح
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Lebih 50,000 tetamu dianggarkan telah membanjiri Kompleks PAS Kedah pada Sabtu lepas dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat.
Menurut portal Berita PAS, majlis yang asalnya bermula pada jam 12.30 tengah hari itu sudah dibanjiri dengan tetamu seawal jam 10.00 pagi lagi walaupun cuaca agak sedikit panas.
“Kita tak guna dana kerajaan negeri anjur Rumah Terbuka PAS Pusat. Saya nak maklum Perdana Menteri, kita buat jamuan di premis parti dengan perbelanjaan parti,” kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam ucapannya pada hari tersebut.
ALOR SETAR: Lebih 50,000 tetamu dianggarkan telah membanjiri Kompleks PAS Kedah pada Sabtu lepas dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat.
Menurut portal Berita PAS, majlis yang asalnya bermula pada jam 12.30 tengah hari itu sudah dibanjiri dengan tetamu seawal jam 10.00 pagi lagi walaupun cuaca agak sedikit panas.
Pelbagai juadah disediakan dan difahamkan lebih 30 jenis juadah disediakan untuk pengunjung.
TONTON: BANYAK CARA PM BOLEH HILANG MAJORITI & DISINGKIR SECARA DEMOKRATIK
Menurut Berita PAS, semuanya adalah hasil usaha PAS negeri-negeri dan jawatankuasa yang terlibat dan sama sekali tidak menggunakan dana kerajaan negeri.
“Kita tak guna dana kerajaan negeri anjur Rumah Terbuka PAS Pusat. Saya nak maklum Perdana Menteri, kita buat jamuan di premis parti dengan perbelanjaan parti,” kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam ucapannya pada hari tersebut.
“Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang dianggarkan lebih 50 ribu kehadiran. Di kesempatan ini juga, Perhubungan PAS Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus-lumus dalam menjaya dan melancarkan majlis ini,” portal tersebut menulis.
Turut hadir kepimpinan wakil pimpinan Bersatu dan Gerakan Pusat dan Negeri Kedah.
THE THIRD FOCE
Disunting dari laporan Berita PAS
