Raggie Jessy Rithaudeen
Satu laporan polis akan dibuat terhadap Datuk Lokman bin Noor Adam di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya pagi ini, bersamaan 10hb Januari 2020, bagi meminta pihak polis menyaisat fitnah yang dibuat oleh Lokman terhadap saya berhubung status agama saya dan beberapa perkara lain.
Laporan tersebut akan dibuat pada pukul 7.00 pagi dan akan disusuli dengan satu sidang media penuh bertempat di Shah Village Hotel, Petaling Jaya pada pukul 10.30 pagi.
Dalam sidang media tersebut, saya akan membuat pembongkaran penuh berhubung gejala ‘Anwarism’ yang dibawa oleh Lokman dalam Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO dan menceritakan sejarah kenaikkan Lokman dalam MKT, termasuk siapa yang bertanggungjawab menaikkan Lokman, arahan-arahan tertentu yang diterima oleh Lokman dan pihak yang memberi arahan tersebut.
Polis juga akan diminta siasat fitnah Lokman yang menyatakan saya telah ‘menyerang’ Najib. Saya akan meminta pihak polis untuk memaksa Lokman buktikan di mana dan bagaimana ‘serangan’ tersebut berlaku. Disebabkan fitnah Lokman, saya turut akan dedahkan sejarah penglibatan saya dengan Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Pilihan Raya Umum ke-14 dan tarikh penglibatan tersebut berakhir, termasuk sebab-sebab terperinci ianya berakhir.
Akhir sekali, saya akan mendedahkan secara terperinci mengapa dan bagaimana perjuangan dan tingkah-laku Lokman memecah-belahkan ummah dan bagaimana ianya turut tersasar dari landasan kebenaran, termasuk dalam isu video semburit dan ‘serangan’ Lokman terhadap pihak polis.
Pembongkaran ini adalah pendedahan penuh.
Saya menjemput semua rakan media dari semua saluran media (arus perdana dan alternatif) untuk membuat liputan penuh, di mana saya akan mengucapkan dua kalimah syahada di depan kamera dan menjelaskan secara terperinci perihal agama saya dan sebab-sebab saya pasti Lokman adalah seorang manusia yang tersasar dari landasan kebenaran dari segi agama Islam
Sekian.
