Satu laporan polis akan dibuat terhadap ahli UMNO Lokman Noor Adam (Lokman Adam) berhubung satu fitnah merbahaya yang dilemparkan oleh beliau terhadap YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tun Dr Mahathir Mohamad, berkait rayuan terakhir SRC Datuk Seri Najib Tun Razak.
Laporan berkenaan akan dibuat esok, bersamaan 27 Ogos 2022, di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, disusuli dengan satu sidang media di perkarangan pintu masuk IPD berkenaan sekiranya ada kehadiran wakil-wakil media.
Perincian kandungan laporan ini dan tujuan ianya dibuat akan dijelaskan kepada media sekiranya ada wakil media hadir atau didedahkan kepada umum malam esok.
Wakil-wakil media yang berminat boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut, dan maklumat am berhubung laporan yang bakal dibuat akan dijelaskan di You Tube Raggie Jessy Rithaudeen 9 malam ini (KLIK DI SINI).
Tanpa Prejudis
Raggie Jessy Rithaudeen
