“Amat sukar untuk mempercayai penafian kerajaan Malaysia berhubung penglibatan blok Ambalat dalam perjanjian Malaysia-Indonesia melainkan kerajaan Malaysia bertindak menyahklasifikasikan perjanjian tersebut untuk tatapan umum”
Raggie Jessy Rithaudeen
كدولتن مليسيا ترچابر دڠن لاڤورن چنبچ: انور واجب ڽهكلاسيفيكاسي ڤرجنجين مليسيا-إندونيسيا اونتوق بوقتيكن بلوك امبلت تيدق ترڬاداي
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Bulan lalu, CNBC Indonesia melaporkan:
“Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM) mengungkapkan pemerintah Indonesia bersama pemerintah Malaysia bakal melakukan kerja sama dalam pengembangan minyak dan gas bumi (migas) di wilayah sengketa yakni Blok Ambalat.
“Hal tersebut menyusul dengan rampungnya negosiasi batas laut antara Indonesia dan Malaysia di laut Sulawesi, Selat Malaka bagian selatan setelah 18 tahun negosiasi.
“Direktur Jenderal Minyak dan Gas Bumi Tutuka Ariadji menjelaskan pihaknya bersama Malaysia bakal melakukan desk study terkait pengembangan Blok Ambalat. Desk study merupakan metode penggabungan data dari masing-masing negara.
“Jadi yang kemarin sudah pak Jokowi tandatangani itu indikasi bahwa ke depan akan terjadi kerja sama yang lebih baik tentang perbatasan. Itu sebetulnya belum jauh sih tapi itu sudah pertanda yang bagus. Sehingga kita bisa mulai kesepakatan pimpinan negara melalui kerja sama yang kita sebut desk study,” ujarnya saat wawancara khusus bersama CNBC Indonesia, Kamis.
Laporan ini membayangkan bahawa perjanjian maritim antara Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Indonesia di bawah kepimpinan Joko Widodo meliputi perkara-perkara berkait blok Ambalat, kawasan seluas 15,000 km persegi di tengah-tengah wilayah pertikaian di luar pantai Sabah yang dikatakan mengandungi sumber minyak mentah terbesar di dunia.
TONTON: BERWASPADA, JANGAN LAYAN SEBARANG PROVOKASI, SAYA YAKIN ADA PERUBAHAN TAK LAMA LAGI
Amat sukar untuk mempercayai penafian kerajaan Malaysia berhubung penglibatan blok Ambalat dalam perjanjian Malaysia-Indonesia melainkan kerajaan Malaysia bertindak menyahklasifikasikan perjanjian tersebut untuk tatapan umum.
Sekiranya laporan CNBC Indonesia tidak betul atau palsu, Kerajaan Malaysia sepatutnya sudah lama menyuarakan protes rasmi kepada CNBC, sebuah organisasi media antarabangsa, dan juga kepada Kerajaan Indonesia.
Anehnya, Kerjaaan Indonesia sendiri belum menyuarakan sebarang protes kepada CNBC, dan ini meningkatkan lagi syak saya bahawa Anwar telah melibatkan blok Ambalat dalam perjanjiannya bersama Presiden Indonesia.
Hari ini, MalaysiaNow menulis:
Pada 8 Jun, Anwar dan Jokowi menandatangani beberapa perjanjian termasuk mengenai persempadanan laut wilayah di Laut Sulawesi dan Selat Melaka, di sebalik keraguan daripada pakar maritim mengenai cadangan untuk menyelesaikan pertikaian itu.
Sehari sebelum itu, MalaysiaNow melaporkan pakar maritim yang terlibat dalam usaha melindungi hak wilayah Malaysia memberi amaran kepada Putrajaya supaya tidak menandatangani sebarang perjanjian baru untuk menyelesaikan pertikaian sempadan yang berlarutan dengan negara jiran Indonesia.
Mereka berkata Malaysia tidak sepatutnya berkompromi terhadap tuntutannya ke atas kawasan yang menjadi pertikaian dengan Jakarta di Laut Sulawesi dan di bahagian paling selatan Selat Melaka.
Ketika disoal mengenai perkara itu, Anwar berkata perjanjian itu masih belum muktamad.
“Rundingan untuk melengkapkan garis sempadan wilayah di Laut Sulawesi masih diteruskan.
“Saya beritahu Presiden Jokowi, Malaysia masih mempertahankannya sebagai milik Malaysia, dan menurut Jokowi, pakar-pakar dia sebut itu milik dia (Indonesia).
“Maka kita menangguhkan dan meneruskan perbincangan,” kata perdana menteri dalam jawapan di Dewan Rakyat.
Jokowi, sebaliknya, berkata perjanjian itu menyelesaikan pertikaian lama dengan Malaysia.
“Selepas 18 tahun rundingan… Alhamdulilah, ia akhirnya dapat diselesaikan,” katanya dipetik AP semasa sidang media bersama Anwar.
Perebutan Ambalat, yang Malaysia rujuk sebagai Blok ND6 dan Blok ND7, menyaksikan perselisihan antara Malaysia dan Indonesia, dengan isu itu sering diangkat semasa protes anti-Malaysia di Indonesia.
Pada tahun 2004, firma minyak negara Petronas memberi konsesi kepada Shell untuk meneroka minyak dan gas dalam kawasan Ambalat hingga mendapat bantahan daripada Indonesia, yang juga memberikan konsesi kepada syarikat Itali ENI.
Pada 2008, Jakarta membantah kehadiran tentera Malaysia di kawasan itu, dan pada tahun berikutnya, kapal tentera laut Indonesia dilaporkan hampir melepaskan tembakan ke atas kapal peronda tentera laut Malaysia kerana ingkar untuk beredar.
Indonesia menuntut pemilikan kawasan itu dengan memetik Perjanjian Sempadan Benua Indonesia-Malaysia yang ditandatangani pada 1969 di Kuala Lumpur, meskipun lokasi blok Ambalat bersempadan secara langsung dengan Malaysia.
Malaysia kemudiannya mengeluarkan peta rasmi yang meletakkan blok Ambalat dalam wilayahnya.
#PMX #Anwar #Ambalat
TONTON: BERWASPADA, JANGAN LAYAN SEBARANG PROVOKASI, SAYA YAKIN ADA PERUBAHAN TAK LAMA LAGI
