Laporan ‘berat sebelah’ Mei 13: Adakah Malaysiakini cuba takut-takutkan bukan Melayu terhadap Melayu?

“Saya khuatir ini adalah sebahagian daripada misi sulit pihak tertentu untuk menakut-nakutkan orang bukan Melayu terhadap Perikatan Nasional, khususnya PAS, setelah kekalahan teruk Pakatan Harapan di Padang Serai dan kemarakkan gelombang penyatuan Melayu-Islam di seluruh negara”

Raggie Jessy Rithaudeen

لاڤورن ءبرت سبلهء مي 13: ادكه مليسياكيني چوبا تاكوت-تاكوتكن بوكن ملايو ترهادڤ ملايو؟

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Saya merujuk kepada satu laporan khas yang diterbitkan oleh Malaysiakini bertajuk “Mei 13, never again.”

Laporan itu berserta gambar-gambar kurang menyenangkan dan naratif yang disusun ikut acuan Malaysiakini yang belum tentu kesahihannya.




Saya hairan bagaimana laporan itu boleh diterbitkan secara tiba-tiba dalam pada negara kita menghadapi polarisasi kaum terbesar dalam sejarah semenjak Pilihan Raya Umum ke-15.

Dengan suhu politik yang meningkat dan jurang pemisahan Melayu-Bukan Melayu yang makin membesar, kita disajikan dengan bibit-bibit terpilih peristiwa Mei 13 menurut acuan ‘tangkap muat’ dan ‘berat sebelah’ Malaysiakini.

TONTON: ANWAR KANTOI LAGI PUTAR BELIT ISU RASUAH, ZAHID TETAP SELAMAT WALAUPUN BUKTI HITAM PUTIH

Persoalannya;

1.     Bukankah kita diingatkan agar tidak mengungkit isu perkauman, keagamaan dan raja-raja dengan cara yang boleh mencetuskan huru-hara atau meresahkan rakyat?

2.     Bukankah wujud pelbagai naratif bercanggah berhubung kejadian Mei 13, dan atas pengesahan siapa atau restu pihak manakah Malaysiakini menyiarkan naratif ‘berat sebelah’ itu?

3.     Adakah terbitan ini ada kaitan dengan enam pilihan raya negeri yang bakal diadakan?

4.     Apakah wujud misi tersirat dalam terbitan ini yang mendakwa majoriti yang ditangkap dan didakwa adalah orang Cina?

Loading...

Saya khuatir ini adalah sebahagian daripada misi sulit pihak tertentu untuk menakut-nakutkan orang bukan Melayu terhadap Perikatan Nasional, khususnya PAS, setelah kekalahan teruk Pakatan Harapan di Padang Serai dan kemarakkan gelombang penyatuan Melayu-Islam di seluruh negara.

Saya berkata demikian berdasarkan cara terbitan itu diolah, yang pada pengamatan saya, memberi gambaran palsu seolah-olah mangsa utama peristiwa Mei 13 adalah orang bukan Melayu.

Saya lihat, banyak lagi keratan akhbar dan laporan sahih serta pendapat pakar dan para ilmuan yang berpotensi mengubah naratif Malaysiakini kepada naratif yang lebih menyeluruh tidak disertakan.

Saya berharap, pihak berkuasa dapat memulakan siasatan berhubung terbitan ini, kerana isu sensitif sebegini meliputi berjilid-jilid laporan, kajian dan pendapat yang tidak boleh disajikan kepada umum secara “tangkap muat” oleh sebuah portal yang diketahui mempunyai ramai pembaca, khususnya, dari kalangan orang bukan Melayu.

Saya hairan bagaimana Malaysiakini tergamak menerbitkan laporan ‘tiga suku’ ini.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...