
لاڤورن عام: كابينيت محي الدين كابينيت بوميڤوترا-مسلم، كومڤوسيسي ممواسكن
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelantikan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional dan enam individu yang bakal dilantik ke Dewan Negara.
Jumlah keseluruhan pelantikan adalah seramai 69 orang, 57 daripadanya atau 82.6 peratus terdiri dari golongan Muslim-Bumiputra.
Muhyiddin turut memperkenalkan konsep ‘Menteri Kanan’, melibatkan lima buah kementerian, iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang diwakili PPBM (Azmin Ali), Kementerian Pertahanan yang diwakili UMNO (Ismail Sabri), Kementerian Kewangan yang diwakili seorang Teknokrat (Zafrul), Kementerian Kerja Raya yang diwakili Sarawak (Fadillah Yusof) dan Kementerian Pendidikan yang diwakili PPBM (Mohd Radzi).
TTF mengesyorkan agar Muhyiddin menjelaskan dengan lebih terperinci fungsi-fungsi spesifik menteri-menteri kanan ini selain daripada fungsi mereka sebagai menteri kabinet dan mencadangkan agar diwujudkan Majlis Menteri-Menteri Kanan (MMK) dengan kuasanya tersendiri.
PETALING JAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelantikan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional dan enam individu yang bakal dilantik ke Dewan Negara.
Jumlah keseluruhan pelantikan adalah seramai 69 orang, 57 daripadanya atau 82.6 peratus terdiri dari golongan Muslim-Bumiputra.
Ini menjadikannya sebuah kerajaan bertunjangkan kepimpinan Muslim-Bumiputra, diwakili juga oleh dua ahli parlimen dari MCA dan seorang Menteri dari MIC.
Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, yang menang besar di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 mengatasi Karmaini Sardini dari Pakatan Harapan, dipilih menjadi Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.
Kabinet Muhyiddin menyaksikan bilangan terbesar pelantikan Timbalan Menteri berganda, melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Luar Bandar, Kementerian Perusahaan serta Perdagangan dan Komoditi.
Kesemua kementerian ini masing-masing mempunyai seorang menteri dan dua Timbalan Menteri, bergelar Timbalan Menteri I dan Timbalan Menteri II.
Kabinet Muhyiddin turut menyaksikan penyertaan semula PAS dalam Kerajaan Persekutuan selepas 46 tahun menerusi lantikan tiga Menteri Kabinet.
Muhyiddin turut memperkenalkan konsep ‘Menteri Kanan’, melibatkan lima buah kementerian, iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang diwakili PPBM (Azmin Ali), Kementerian Pertahanan yang diwakili UMNO (Ismail Sabri), Kementerian Kewangan yang diwakili Teknokrat (Zafrul), Kementerian Kerja Raya yang diwakili Sarawak (Fadillah Yusof) dan Kementerian Pendidikan yang diwakili PPBM (Mohd Radzi).
TTF mengesyorkan agar Muhyiddin menjelaskan dengan lebih terperinci fungsi-fungsi spesifik menteri-menteri kanan ini selain daripada fungsi mereka sebagai menteri kabinet dan mencadangkan agar diwujudkan Majlis Menteri-Menteri Kanan (MMK) dengan kuasanya tersendiri.
Secara keseluruhannya, Kabinet Muhyiddin agak memuaskan, khususnya dengan pelantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Menteri Dalam Negeri yang saya kira adalah pelantikan yang tepat.
Biarpun begitu, kerajaan pimpinan Perikatan Nasional tetap merupakan kerajaan yang rapuh disebabkan pemilikan majoriti tipis dalam parlimen dan perlu bekerja keras memberi keyakinan kepada para pelabur dan ahli-ahli parlimen, khususnya dari PPBM, bahawa ianya mampu bertahan lama.
Ini memandangkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan mampu ditumbangkan begitu sahaja biarpun memiliki majoriti selesa 138 kerusi (Pakatan Harapan + WARISAN) di Dewan Rakyat.
Keruntuhan kerajaan yang lalu memberi petunjuk kepada para pelabur betapa rapuhnya kerajaan baru pimpinan Perikatan Nasional memandangkan ianya melibatkan sebilangan tertentu ahli parlimen yang membantu runtuhkan kerajaan lama.
RJ Rithaudeen
