Lantik tiga penasihat – Ismail Sabri ulangi dasar gagal kerajaan Muhyiddin

Menurut laporan, Ismail Sabri mempunyai tiga penasihat – penasihat kesihatan, penasihat agama serta penasihat hak asasi manusia dan undang-undang, setiapnya menelan belanja sebanyak RM50,000 sebulan. Sumber (gambar): Fail TTF

“Apabila Kluster Mahkamah mengorak Langkah Royale Chulan untuk menumbangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menggantikannya dengan Ismail Sabri, alasan yang digunakan ialah “kerajaan Muhyiddin gagal segagal gagalnya.” Namun, gerombolan gagal yang sama kembali bersatu untuk menaikkan Ismail Sabri dan melakukan semua kesilapan kerajaan terdahulu, termasuk menyogok jawatan pada kadar luarbiasa sedangkan UMNO mengkritik Muhyiddin dulu kerana menyogok kuasa dan kedudukan.”

Raggie Jessy Rithaudeen

لانتيق تيڬ ڤنصيحة – اسماعيل صبري اولڠي داسر ڬاڬل كراجأن محي الدين

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, yang menyifatkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai mempunyai keutamaan yang salah kerana melantik Pengerusi UMNO Kedah Jamil Khir Baharom sebagai penasihat kepada perdana menteri.

Menurut laporan, Ismail Sabri mempunyai tiga penasihat – penasihat kesihatan, penasihat agama serta penasihat hak asasi manusia dan undang-undang, setiapnya menelan belanja sebanyak RM50,000 sebulan.




Apakah Ismail Sabri tidak yakin dengan menteri kabinetnya yang dilantik atas syor beliau sendiri kepada Yang Di-Pertuan Agong?

Itulah persoalan pokok yang diajukan oleh Lip Eng, dan saya amat bersetuju dengan persoalan yang ditimbulkan oleh beliau.

“Mengapa perdana menteri perlu lantik tiga penasihat ketika sudah ada menteri yang menasihatinya dalam soal agama, kesihatan serta hak asasi dan undang-undang?

“Adakah Ismail tidak yakin menteri kabinetnya dapat memberi maklum balas yang diperlukan, atau mereka dilihat tidak cekap?

“Jika mereka tidak dapat menunaikan tanggungjawab mereka, sekurang-kurangnya mereka ada pegawai yang boleh dipanggil untuk menasihati perdana menteri. Kecuali, tentunya, Ismail Sabri tidak lagi percaya sesiapa dalam kabinetnya,” kata Lip Eng dalam kenyataan hari ini, sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Gerombolan ahli-ahli parlimen UMNO, PPBM, PAS dan GPS yang membentuk dua kerajaan persekutuan sejak Langkah Sheraton jelas mengamalkan dasar sogokkan kuasa dan kedudukan.

Apabila Kluster Mahkamah mengorak Langkah Royale Chulan untuk menumbangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menggantikannya dengan Ismail Sabri, alasan yang digunakan ialah “kerajaan Muhyiddin gagal segagal gagalnya.”

Loading...

Namun, gerombolan gagal yang sama kembali bersatu untuk menaikkan Ismail Sabri dan melakukan semua kesilapan kerajaan terdahulu, termasuk menyogok jawatan pada kadar luarbiasa sedangkan UMNO mengkritik Muhyiddin dulu kerana menyogok kuasa dan kedudukan.

Lim membangkitkan yang Ismail Sabri baru saja melantik Naib Presiden PAS Idris Ahmad sebagai menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama) kira-kira tiga bulan lalu.

Jika Ismail merasakan tidak yakin dengan Idris, katanya lagi, dia sepatutnya menggantikannya dengan Jamil.

“Perdana menteri dan Idris perlu memberi penjelasan kerana ia melibatkan banyak wang pembayar cukai setiap bulan hanya untuk mengekalkan dua jawatan utama, terutama di saat rakyat bergelut menyara kehidupan.

“Sementara Covid-19 adalah isu kesihatan global, punca utama inflasi adalah isu domestik yang perlu ditangani segera oleh Ismail Sabri, berbanding melantik orang sewenang-wenangnya sebagai penasihat,” katanya lagi.

WAJIB BACA:

100 HARI BERSAMA ISMAIL SABRI MASIH GAGAL

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...