Lahirnya Barisan Baru Nasional (Bahagian Dua): Guan Eng mungkin jadi sasaran Mahathir seterusnya

Raggie Jessy Rithaudeen

Sabtu lepas, saya berjanji untuk bentangkan dua senario yang bertentangan – satu pro Mahathir dan satu lagi anti-Mahathir – menerusi satu siri empat bahagian bagi renungan saudara saudari sekalian.




Dalam bahagian pertama (rujuk pautan di hujung bawah), saya mengemukan 23 dalil yang memperinci sebab sebenar Mahathir bersekongkol dengan DAP sebelum pilihanraya umum ke 14 untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Bahagian tersebut turut merungkai isu penahanan beberapa ahli DAP di bawah SOSMA atas tuduhan terlibat dengan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE), di mana saya menjelaskan mengapa penahanan tersebut merupakan isyarat oleh Mahathir bahawa“semboyan sudah berbunyi.”

Semboyan yang dimaksudkan merupakan ‘isyarat’ kepada UMNO supaya “membuka mata” dan “lakukan apa yang patut,” memandangkan “apa-apa sahaja boleh berlaku” selepas ini, termasuklah pembubaran parlimen secara mengejut.

Saya menulis:

21. Tidak ramai yang tahu, tujuan sebenar Mahathir mengarahkan penangkapan ahli-ahli DAP dan PKR bawah SOSMA adalah bagi menunjukkan taringnya kepada semua, termasuk UMNO, sebagai tanda beliau amat berkuasa dan mampu melakukan “apa-apa sahaja tanpa ditentang.”

22. Ianya turut merupakan isyarat bagi DAP dan Anwar untuk buktikan mereka benar-benar mempunyai sokongan majoriti di parlimen dengan cuba menyingkirkan Mahathir daripada jawatan Perdana Menteri.

23. Mahathir sebenarnya memberikan satu tempoh masa tertentu bagi Anwar dan DAP untuk buktikan perkara ini, di mana selepas tempoh ‘rahsia’ tersebut, beliau akan bertindak berdasarkan beberapa opsyen yang sedia ada pada dirinya.

Loading...

Berikut merupakan sambungan kepada bahagian pertama, di mana dalam bahagian ini, saya akan merungkai salah satu opsyen yang ada pada Mahathir dan bagaimana opsyen ini akan menjurus kepada tercetusnya Tsunami Melayu-Cina yang paling besar di negara ini:

BAHAGIAN KEDUA: GUAN ENG BERKEMUNGKINAN BESAR JADI SASARAN

24. Sekiranya DAP cuba menumbangkan Pakatan Harapan dengan bertindak keluar dari gabungan tersebut, kedua-dua PH dan Barisan Nasional tidak akan mempunyai bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan yang stabil.

25. DAP pula tidak akan mampu bersekutu dengan mana-mana pihak selain daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta 18 ahli parlimen PKR yang masih lagi setia bersamanya, memandangkan PAS dan GPS tidak ingin bersama dengan Anwar dalam apa jua keadaan.

26. Begitu juga majoriti ahli parlimen dari AMANAH dan Warisan – saya dikhabarkan, mereka telah memasuki beberapa perjanjian sulit bersama orang-orang Mahathir yang menjamin sokongan mereka terhadap gandingan Mahathir dan Azmin.

27. Mahathir turut mempunyai sokongan padu 10 ahli parlimen DAP yang sanggup meninggalkan parti tersebut untuk menyertai sebuah parti baru pimpinan Dato’ Seri Azmin Ali yang akan melihat penyertaan 32 ahli parlimen PKR yang lain.

28. Justeru, seandainya DAP benar-benar bertindak menumbangkan PH, Yang di-Pertuan Agong akan mempunyai pilihan untuk membubarkan parlimen dan melantik sebuah kerajaan “penjaga” sementara menunggu pilihanraya diadakan.

29. Dalam senario ini, Agong mungkin akan melantik Mahathir untuk terus menerajui kerajaan persekutuan sebagai Perdana Menteri “penjaga” ataupun memberikan tanggungjawab tersebut kepada pihak ketiga.

30. Menurut sumber, pihak ketiga yang dimaksudkan berkemungkinan besar akan dipilih dari kalangan pemimpin-pemimpin berikut (menurut turutan keutamaan):

a. Tan Sri Dr Rais Yatim

b. Dato’ Hamzah Zainuddin

c. Dato’ Seri Azmin Ali

d. Dato’ Seri Hishammuddin Hussein

e. Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah

31. Tetapi Mahathir tidak akan menunggu DAP untuk keluar dari PH.

32. Sekiranya ada tanda-tanda perkara ini akan berlaku, beliau dijangka akan bertindak samada menggantung pendaftaran parti tersebut atas tuduhan terlibat dengan keganasan LTTE ataupun mengarahkan pihak SPRM untuk menahan Lim Guan Eng atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa.

33. Saya diberitahu, pihak SPRM di bawah kawalan Latheefa Koya sudahpun mempunyai bukti yang cukup berhubung salahlaku Guan Eng melibatkan projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dan tidak akan teragak-agak membuat tangkapan menurut ‘perintah’ Mahathir atas sebab-sebab tertentu.

34. Dengan penangkapan ini, Mahathir akan membuktikan kepada masyarakat Melayu-Islam bahawa beliau sememangnya berniat dari awal untuk sedarkan mereka yang mengundi PH betapa buruknya natijah menyokong DAP (rujuk 23 dalil pertama di bahagian satu, bawah).

BAHAGIAN SATU:

Bahagian Satu: Lahirnya Barisan ‘Baru Nasional’

35. Seandainya DAP mampu menumbangkan PH sebelum Mahathir sempat berbuat apa-apa, beliau masih dapat membuktikan kepada masyarakat Melayu-Islam bahawa beliau sememangnya berniat haramkan DAP dengan merujuk kepada penangkapan beberapa pemimpin parti tersebut di bawah SOSMA baru-baru ini.

36. Malah, Mahathir boleh memberitahu kepada masyarakat Melayu Islam bahawa DAP sanggup menumbangkan sebuah kerajaan pimpinan Melayu-Islam semata-mata kerana ingin menghalang Guan Eng daripada ditangkap dan dibawa ke muka keadilan.

37. Kesemua ini akan menjana satu gelombang kebangkitan baru, di mana majoriti pengundi yang beragama Islam yang sudah lama berdendam dengan Guan Eng dan DAP akan berdiri teguh di belakang gandingan Mahathir-Azmin.

38. Mereka akan melihat kemenangan Mahathir di pilihanraya umum ke-15 (PRU15) sebagai peluang untuk membalas dendam terhadap Guan Eng serta beberapa pemimpin lain dari DAP, termasuk Lim Lip Eng, Nga Kor Ming dan seorang lagi bekas ahli DAP yang sudahpun dipanggil oleh Bukit Aman, iaitu Superman Hew.

39. Kesemua ini akan disokong oleh sebilangan besar pengundi Cina yang turut muak dengan tingkah-laku DAP tetapi masih tidak ingin menerima MCA, di mana mereka akan teruja dengan kehadiran sepuluh ahli parlimen DAP yang akan duduk bersama Azmin dalam sebuah parti serpihan Barisan Nasional.

40. Dalam senario ini, PAS sudah pasti akan bersama Mahathir, memandangkan segala apa yang berlaku akan memungkinkan penubuhan sebuah “Barisan Baru Nasional” yang mampu meraih majoriti undi dua pertiga dan menjurus kepada terbentuknya sebuah kerajaan perpaduan berteraskan Melayu-Islam buat julung kalinya di Malaysia.

Menurut khabar, inilah sebab utama DAP teragak-agak untuk keluar dari PH…

Bersambung (Bahagian Ketiga)…



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...