Ku Nan anjur bengkel ‘kepimpinan menerusi kelptokrasi?’

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Raggie Jessy Rithaudeen

كو نن انجور بيڠكيل ءكڤيمڤينن منروسي كلڤتوكراسي؟ء

Bendahari Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam membidas segelintir pihak yang tidak henti-henti menyentuh tentang UMNO hinggakan menggesa supaya memaklumkan apa-apa keputusan mesyuarat kepimpinan UMNO sedangkan mereka ini bukan ahli parti pun.

Menurut laporan, Tengku Adnan berkata, ada individu yang dulu melompat meninggalkan UMNO sewaktu UMNO hilang kuasa majoriti membentuk kerajaan tapi hari ini mula bersuara ‘manis’




“Ada juga yang membandingkan pentadbiran kerajaan hari ini mahupun sewaktu kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan zaman Barisan Nasional (BN)… Ya, barangkali rindu zaman BN,” katanya menerusi kenyataan terbaru dalam Facebooknya, hari ini.

Jelas beliau, jika ada mana-mana yang mahu menyertai UMNO kembali perlulah benar-benar memahami asas dan tujuan penubuhan parti tersebut.

“Nak kembali sertai UMNO… mudah sahaja. Namun sewajarnya masuklah dulu bengkel atau kelas khas bagi memahami asas dan tujuan penubuhan UMNO. Fahami dan hayati setiap nilai perjuangannya kerana tentunya tidak adil kepada mana-mana individu untuk berpatah balik semudah membuat u-turn di atas jalan raya.”

Apakah ini bermakna Tengku Adnan akan menganjurkan bengkel “kepimpinan menerusi kelptokrasi” atau “cara-cara mengengam UMNO walaupun terpalit skandal rasuah?”

Saja tanya…

WAJIB BACA:

Tanpa Mahathir, UMNO akan karam

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...