
كو لي كڤد كڤيمڤينن امنو: برهنتي ماءين وايڠ كوليت، تاريق سوكوڠن سكارڠ!
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menggesa ahli dan pemimpin Umno jangan membuang masa lagi dan segera meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Menurutnya, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengugut untuk membuang pemimpin dan ahli Umno, jadi tidak ada gunanya untuk tunggu lagi.
“Tunggu apa lagi, berhenti segera dan jaga maruah diri dan maruah parti Umno.
“Silap perhitungan? Putus hubungan dan keluar kerajaan PN sekarang. Berhenti main wayang kulit! Tak ada faedah dan tak ada kesan,” katanya.
PETALING JAYA: Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menggesa ahli dan pemimpin Umno jangan membuang masa lagi dan segera meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Menurutnya, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengugut untuk membuang pemimpin dan ahli UMNO, jadi tidak ada gunanya untuk tunggu lagi.
“Nasihat ikhlas saya kepada semua ahli-ahli Umno yang berada dalam kerajaan dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), Muhyiddin dah ugut hendak buang kita.
“Tunggu apa lagi, berhenti segera dan jaga maruah diri dan maruah parti Umno,” katanya dalam satu kenyataan malam semalam.
Tengku Razaleigh berkata demikian selepas PPBM bermesyuarat untuk membuat keputusan berhubung kerjasama dengan Barisan Nasional.
Mesyuarat itu diadakan susulan keputusan Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO untuk menamatkan kerjasama dengan PPBM dan Perikatan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Surat bertarikh 26hb Februari 2021 itu turut menegaskan kebersamaan UMNO dengan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional hanya diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.
Menurut Tengku Razaleigh, MKT perlu segera bermesyuarat dan meminda keputusan agar kebersamaan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional dihentikan serta-merta.
“Silap perhitungan? Putus hubungan dan keluar kerajaan PN sekarang. Berhenti main wayang kulit! Tak ada faedah dan tak ada kesan,” katanya.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
There is a Mexican Standoff, and what happens next will change Malaysian politics forever
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
