Ku Li berani bertaruh tiada parti menang majoriti di Johor

Ku Li berani bertaruh kemungkinan sebuah kerajaan campuran bakal terbentuk dengan koalisi kerajaan gabungan itu bergantung kepada parti mana yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbanyak. Sumber (gambar): Fail TTF

كو لي براني برتاروه تياد ڤرتي منڠ ماجوريتي د جوهر

Bekas Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menjangkakan tiada parti akan menang dengan majoriti mudah di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok.

Walaupun saya enggan meramal keputusan PRN Johor, ramalan Tengku Razaleigh seolah-olah mengesahkan dakwaan saya bahawa Barisan Nasional hanya bermain persepsi untuk cuba mengelirukan pengundi.

Ini termasuk dakwaan kononnya Barisan Nasional mampu menang dengan majoriti dua per tiga dan fenomena “Boss Ku” mendapat sambutan hebat.

Saya turut mendedahkan “perang persepsi” UMNO, di mana parti itu cuba menonjolkan “kehadiran luar biasa” di ceramah-ceramah, walhal, majoriti yang hadir dilihat merupakan jentera parti dari Johor dan negeri-negeri lain serta laskar siber.


Bekas Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menjangkakan tiada parti akan menang dengan majoriti mudah di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok.

Malah, beliau berani bertaruh kemungkinan sebuah kerajaan campuran bakal terbentuk dengan koalisi kerajaan gabungan itu bergantung kepada parti mana yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbanyak.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Jelas beliau, ia disebabkan tiada parti yang benar-benar memiliki sokongan utuh daripada rakyat Johor dengan punca pilihan raya negeri itu dilaksanakan pun adalah disebabkan perpecahan berlaku dalam kalangan pemimpin UMNO dan bekas pemimpin parti itu.

“Kalau parti Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu) dan UMNO berpakat, kita sebenarnya mampu menubuhkan sebuah kerajaan negeri dengan mudah pada PRN Johor.

TONTON: INI KALI LAH!

“Tetapi kerana perpecahan berlaku dalam kalangan pemimpin UMNO dan bekas pemimpin parti itu, belum tentu siapa menang dan saya berani bertaruh dengan wang ringgit terakhir bahawa tiada parti akan mendapat kerusi majoriti.

“Jadi maknanya mana-mana parti yang memenangi banyak kerusi terpaksa membentuk kerajaan campuran dan soal parti mana dijangka terlibat kemungkinan besar berasaskan persaingan antara UMNO, Bersatu dipimpin Muhyiddin dan Pejuang,” katanya kepada Sinar Harian.

Walaupun saya enggan meramal keputusan PRN Johor, ramalan Tengku Razaleigh seolah-olah mengesahkan dakwaan saya bahawa Barisan Nasional hanya bermain persepsi untuk cuba mengelirukan pengundi.

Ini termasuk dakwaan kononnya Barisan Nasional mampu menang dengan majoriti dua per tiga dan fenomena “Boss Ku” mendapat sambutan hebat.

Sebelum ini, saya mendedahkan bahawa beberapa pihak tidak begitu gembira dengan kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak di kawasan kempen susulan pendedahan penipuan Najib berhubung isu bayaran balik hutang 1MDB dan pendedahan luar biasa berhubung skandal 1MDB di mahkamah Amerika Syarikat.

Loading...

Beberapa sumber dari dalam UMNO turut mengesahkan bahawa majoriti pemimpin bahagian dan cawangan parti tidak berpuas hati dengan sikap kepimpinan pusat yang menjadikan Najib “de facto poster boy.”

Terdahulu, sebuah portal berbahasa Cina, Johor Chinapress (johor.chinapress.com.my, klik di sini), memetik Presiden Persatuan Cina Johor Bahru He Chaodong sebagai berkata (rujuk tangkap layar di bawah), persatuan itu tidak mengetahui terlebih dahulu bahawa Najib akan menyertai upacara keramaian Cina di sebuah Tokong Purba di Johor.

Menurut He, dia sendiri hanya tahu Najib datang selepas beliau memasuki tokong tersebut.

Menurut Johor Chinapress, He kesal Najib datang menyertai aktiviti yang diadakan.

Saya turut mendedahkan “perang persepsi” UMNO, di mana parti itu cuba menonjolkan “kehadiran luar biasa” di ceramah-ceramah, walhal, majoriti yang hadir dilihat merupakan jentera parti dari Johor dan negeri-negeri lain serta laskar siber.

RAGGIE JESSY RITHAUDEEN

WAJIB TONTON:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...