Kroni-kroni Mahathir, DAP punca masalah jerubu

Raggie Jessy Rithaudeen

Kenyataan Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah, bahawa Malaysia akan menyuarakan kebimbangan kepada kerajaan Indonesia berkenaan masalah jerubu tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

Ini memandangkan sebahagian besar tompok panas yang dikesan di kawasan Kalimantan dan Sumatera berpunca daripada syarikat-syarikat usaha sama Malaysia-Indonesia yang majoriti sahamnya dipegang oleh taikun-taikun Cina dan ahli-ahli politik ‘elit’ yang erat dengan DAP dan Tun Dr Mahathir Mohamad.




Ini hakikat.

Kesemuanya bermula di awal tahun 90-an. Pada ketika itu, kerajaan Malaysia bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad menggalakkan syarikat-syarikat GLC yang diterajui kroni-kroni beliau dan syarikat-syarikat swasta milik taikun-taikun Cina untuk berkecimpung dalam insustri sawit di Indonesia.

Tujuan Mahathir berbuat demikian adalah bagi mewujudkan syarikat-syarikat multinasional yang mampu bersaing maju di arena antarabangsa agar syarikat-syarikat ini boleh dijerap masuk ke dalam rancangan Malaysia ke-8 dan ke-9 serta Pelan Induk Perindustrian ke-3 (IMP3).

Taikun-taikun Cina yang dipelawa amat tertarik dengan cadangan Mahathir memandangkan kos tenaga buruh di Indonesia teramat rendah dan wujudnya tanah hutan dengan keluasan berjuta-juta hektar yang tidak mampu diteroka pengusaha tempatan di negara tersebut.

Kesemua ini menjurus kepada beberapa usaha sama antara syarikat-syarikat sawit dari Indonesia dan Malaysia, bermula dengan Kuala Lumpur Kepong Berhad, Sime Darby, Genting Plantations, Tabung Haji Plantations dan IOI Plantations.

Pada ketika itu, Pemodalan Nasional Berhad (PNB) sudah lama berjaya memiliki syarikat Guthrie Corporation menerusi satu siri manipulasi di Bursa Saham London dengan bantuan Tun Ismail Mohamed Ali (pengerusi PNB dan abang kepada Tun Siti Hasmah) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (CEO PNB).

Pada 7hb September 1981, lebih kurang pada pukul 4 petang waktu Malaysia, Ismail dan Khalid secara mengejut membeli sebanyak mana saham Guthrie yang mampu dibeli oleh PNB tanpa dikesan oleh orang-orang Guthrie.

Loading...

Manakala itu, di London, N.M. Rothschild & Sons pula berjaya memujuk M&G Investment untuk menjual kesemua saham mereka menerusi bantuan agensi rundingan Rowe & Pitman yang turut berjaya memastikan segala transaksi berlaku tanpa halangan.

Tidak sampai tiga bulan kemudian, Malaysia berjaya memiliki Guthrie sepenuhnya dan menamakan semula syarikat tersebut Kumpulan Guthrie Berhad. Sebagai ganjaran, Mahathir, menerusi Ismail, melantik Khalid sebagai CEO Guthrie yang baru.

Hari ini, PNB dipengerusikan oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang turut mempengerusikan Sime Darby Property. Mahathir pula melantik dirinya sebagai pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) yang turut memiliki 12.2 peratus saham Sime Darby menerusi PNB.

PNB merupakan syarikat subsidari YPB.

Baki selebihnya saham Sime Darby pula dimiliki oleh Amanah Raya Berhad (37.3 peratus) dan juga KWSP (14.1 peratus). Amanah Raya pada ketika ini dipengerusikan oleh Tan Sri Samsudin Osman, seorang kenalan rapat Mahathir dan Tun Daim Zainuddin, manakala KWSP pula berada di bawah seliaan Lim Guan Eng menerusi pengawasan kumpulan tersebut oleh Kementerian Kewangan.

Tabung Haji pula dipengerusikan oleh Tan Sri Md Nor Yusuf dan memiliki 68 peratus saham dalam Tabung Haji Plantations (THP). Pengarah utama THP, Dato’ Noordin Md Noor, turut merupakan kenalan rapat Mahathir, Daim dan juga Dato’ Seri Najib Tun Razak dan telah bergiat dalam arena politik sejak tahun 1976.

Menerusi penglibatan Sime Darby, THP, IOI Plantations, Genting Plantations serta Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK), hampir 70 peratus modal kewangan bagi tanaman sawit melibatkan syarikat usahasama  Malaysia-Indonesia diurus tadbir secara tidak langsung oleh kerajaan Malaysia.

Kesemua syarikat ini memiliki saham yang teramat besar dalam industri sawit Indonesia di mana majoriti saham ini diambil alih oleh syarikat- syarikat tersebut ketika Krisis Kewangan melanda rantau Asia.

Pada ketika itu, kerajaan Indonesia terpaksa akur kepada tuntutan IMF dan bertindak melonggarkan beberapa syarat pemilikan syarikat di negara tersebut bagi membantu syarikat-syarikat sawit Indonesia kekal relevan dan bersaing maju.

Ini menjurus kepada satu siri rasionalisasi di mana beberapa syarikat GLC Malaysia dan syarikat-syarikat kroni Mahathir mula membeli saham dalam syarikat-syarikat sawit di Indonesia pada kadar yang menakjubkan.

Sebagai contoh, pada tahun 1997, KLK mengambil alih 95 peratus syarikat PT Adei Plantation and Industry dan berjaya memegang 27,760 hektar tanah di Riau menerusi pemilikan tersebut.

Ini secara langsung menguntungkan kroni-kroni Mahathir dan DAP seperti Tan Sri Dato’ Thong Yaw Hon yang turut merupakan ahli lembaga pengarah KLK. Mungkin ramai yang tidak tahu, KWSP, yang sudahpun memiliki 14.1 peratus saham Sime Darby, turut memegang 12.2 peratus saham dalam syarikat KLK.

IOI Planations pula bersangkut paut secara langsung dengan Dato’ Haji Mohd Khalil dan secara tidak langsung dengan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Umum sedia maklum, Yeo pada ketika ini bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif IOI Palm Oil and Properties Group Bhd, Lee Yeow Seng.

Sebelum ini, suami Yeo pernah dikaitkan dengan masalah pencemaran di Pasir Gudang yang disyaki pihak tertentu berpunca daripada kilang pemprosesan milik beliau.

Apa pun, yang pasti, majoriti daripada syarikat-syarikat usahasama Malaysia-Indonesia kerap melakukan pembakaran terbuka melibatkan ratusan ribu hektar ladang sawit yang merupakan punca sebenar masalah jerubu yang melanda negara ini.

Kesemua syarikat ini berkait secara langsung dan tidak langsung dengan Mahathir, Yeo Bee Yin dan Lim Guan Eng.

Oleh itu, sekiranya benar Isnaraissah Munirah ingin menyelesaikan masalah jerubu, beliau seharusnya mengadakan mesyuarat tergempar dengan tiga individu ini sebelum bertindak menyuarakan apa-apa kepada kerajaan Indonesia.

Ini memandangkan kerajaan Indonesia sendiri menjadi mangsa tindakan tidak bertanggungjawab taikun-taikun dan golongan elit Melayu yang bersikap rakus, tamak haloba dan tidak kisah akan kesihatan dan kesejahteraan sejagat.


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...