Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Nampaknya PH tak belajar dari kegagalan UMNO, Zahid

“Lagi rancak DAP dan PKR mengatur strategi untuk menang Pilihan Raya Negeri, lagi rancaklah Melayu-Islam berjihad untuk menjulang nama pemimpin-pemimpin Islam di bawah bumbung penyatuan ini. Masyarakat Melayu-Islam tidak mudah lupa ikrar Zahid atas nama Allah, bahawa beliau tidak sekali-kali akan berdamping dengan DAP”

Raggie Jessy Rithaudeen

كونۏينشن كراجأن ڤرڤادوان: نمڤقڽ ڤه تق بلاجر دري كڬاڬالن امنو، زاهيد

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Konvensyen Kerajaan Perpaduan Madani di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini tidak dijangka membawa sebarang hasil dari segi sokongan Melayu-Islam terhadap kerajaan gandingan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Ini kerana kedua-dua gabungan itu gagal memahami psikologi Melayu-Islam dan tidak sedar bahawa tindak tanduk mereka sedang memarakkan lagi gelombang biru-hijau di bawah bumbung besar pembangkang.




Saya tertarik dengan kata-kata manis yang dilafazkan presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Konvensyen Kerajaan Perpaduan Madani ini .

Kenyataannya berbunyi:

“Saya amat yakin jika kita terus membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya yakin idelaisme telah terbentuk dalam dasar-dasar yang baik, Kerajaan Perpaduan, kerajaan Madani InsyaAllah pasti melepasi PRU16.

“Jangan menoleh ke belakang, di sana ada orang yang tidak suka dengan kita.

“Ada orang yang kritik, persoalkan kita.

“Tetapi rakyat mahu kerajaan perpaduan ini terus maju.”

TONTON: GELOMBANG BIRU-HIJAU LUARBIASA BESAR DI KEDAH PADA PELANCARAN JENTERA PN

Kata-kata positif sebegini pernah dilafazkan oleh Zahid sendiri di pelbagai konvensyen Barisan Nasional sebelum parlimen dibubarkan.

Loading...

Dalam konvensyen-konvensyen berkenaan, Zahid menimbulkan persepsi palsu kononnya Barisan Nasional mampu menang Pilihan Raya Umum ke-15 dengan mudah untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil.

Namun, bukan hanya Barisan Nasional gagal memenangi Pilihan Raya seperti yang diwar-warkan, gabungan itu mencatatkan prestasi terburuk dalam sejarah dengan perolehan 30 kerusi di peringkat parlimen.

Zahid hampir kecundang di kerusi yang ditandinginya, menandakan penolakan Melayu-Islam terhadap UMNO ada sangkut pautnya dengan kepimpinan Zahid.

Akhirnya, akar umbi UMNO sedar bahawa semua Konvensyen yang dianjurkan oleh Zahid hanya bertujuan untuk memupuk keyakinan palsu agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju untuk mengusulkan pembubaran awal parlimen.

Maknanya, konvensyen-konvensyen Barisan Nasional sebelum PRU15 tidak pernah ditujukan kepada masyarakat Melayu-Islam, dan ini terbukti apabila Zahid sendiri mengaku pada Konvensyen MIC bahawa Pilihan Raya awal yang dituntut berkait secara langsung dengan kes Mahkamah yang dihadapinya.

Malangnya, Pakatan Harapan masih memilih untuk mempercayai Zahid, dan saya tidak hairan jika Anwar benar-benar naif dan percaya bahawa Konvensyen Kerajaan Perpaduan Madani boleh ‘melembutkan hati’ Melayu-Islam.

Kalau di peringkat PRU15 pun Melayu-Islam menolak UMNO, masakan Melayu-Islam akan merapati semula UMNO atau bersetuju untuk menyokong DAP setelah segala penipuan dan tipu muslihat Zahid terbongkar.

Masyarakat Melayu-Islam tidak mudah lupa ikrar Zahid atas nama Allah, bahawa beliau tidak sekali-kali akan berdamping dengan DAP.

Begitu juga, golongan minoriti Melayu-Islam yang pada satu ketika dulu menyokong Pakatan Harapan tidak mungkin lupa janji Anwar untuk tidak berdamping dengan Kleptokrat UMNO.

Kini, rakyat sedang memerhati bagaimana seorang pemimpin yang berdepan puluhan tuduhan jenayah menjadi rakan karib Anwar dalam kerajaan.

Bukan hanya skandal LCS disenyapkan, Zahid diberi pangkat Timbalan Perdana Menteri, dan sudah ada tanda-tanda kes mahkmahnya mungkin digugurkan.

Jika konvensyen Kerajaan Perpaduan Madani tidak berjaya menarik sokongan Melayu-Islam, konvensyen ini sia-sia sahaja, kerana sokongan Cina dan India terhadap Pakatan Harapan sudah mencapai maksimum pada PRU15.

Itu pun, ada segolongan Cina dan India dipercayai akan memboikot Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang dengan tidak keluar mengundi ataupun mengundi Perikatan Nasional.

Ini kerana golongan ini tidak berpuas hati dengan Anwar setelah Pakatan Harapan berdamping dengan Kleptokrat UMNO dan setelah Zahid dijadikan “orang kedua terkuat” dalam kerajaan walaupun berdepan 47 pertuduhan jenayah.

Bagi mereka yang masih bersama Pakatan Harapan, belum tentu mereka akan menyokong calon UMNO, khususnya, di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh calon-calon pilihan Zahid.

Gelombang Biru-Hijau

Masyarakat Melayu-Islam makin bersatu setelah melihat cara Anwar menyerang pemimpin Melayu-Islam dari blok pembangkang berbekalkan alasan mereka ‘tertibat’ dengan rasuah.

Anehnya, pemimpin pembangkang didakwa atas pelbagai tuduhan samar, sedangkan Zahid diberi pangkat ‘kedua teratas’ walaupun terbukti terlibat dengan skandal LCS bernilai berbilion ringgit.

Ada banyak sebab Melayu-Islam rasa terancam dengan kerajaan pimpinan Anwar, antaranya;

1.     kata-kata bersempadankan Islamophobia dan anti-Melayu yang pernah dilafazkan oleh seorang dua pemimpin DAP,

2.     kemunculan filem online buatan penerbit bukan Melayu dari Malaysia yang mencabar Islam,

3.     serangan puak kerajaan dan pro kerajaan terhadap proklamasi Melayu walaupun Proklamasi ini bertujuan menyatu-padukan orang Melayu, dan

4.     kecenderungan Anwar mengalu-alukan kumpulan penyokong LGBT untuk beraksi di pentas kebangsaan.

Bila Melayu-Islam terancam, mereka akan bersatu, dan bila mereka bersatu, semangat jihad akan berkobar.

Bila semangat jihad berkobar, persengketaan lama dengan mana-mana pemimpin akan dilupakan dengan mudah.

Lagi rancak DAP dan PKR mengatur strategi, lagi rancaklah Melayu-Islam berjihad untuk menjulang nama pemimpin-pemimpin Islam di bawah bumbung penyatuan.

Ini terbukti menerusi sambutan luarbiasa meriah di Kedah sempena pelancaran jentera Perikatan Nasional, di mana jelas kelihatan “gelombang Biru-Hijau” menyelubungi jalan-jalan perkampungan, melibatkan puluhan ribu sukarelawan dari kalangan pengundi muda.

Akhir kata, “Hidup Melayu-Islam, Hidup Proklamasi Melayu!!”



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...