Kluster Mahkamah berjaya perangkap Anwar, MoU tidak akan bertahan

Anwar tahu Kluster Mahkamah akan menarik sokongan terhadap Ismail Sabri selepas Pilihan Raya Negeri Johor, dan disebabkan itu, Pakatan Harapan akan terpaksa juga membatalkan MoU bersama kerajaan. Sumber (gambar): Fail TTF

“Jika DUN Johor dibubarkan, Anwar akan tertekan untuk mengarahkan Pakatan Harapan membatalkan MoU bersama kerajaan”

Raggie Jessy Rithaudeen

قلوستر محكمه برجاي ڤراڠكڤ انور، مواو تيدق اكن برتاهن

Isnin lalu, saya menulis:

Anwar tidak berani memasuki Pilihan Raya Umum ke-15 tanpa sokongan Najib dan Zahid, kerana beliau tahu Pakatan Harapan akan dibelasah teruk dan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri akan terkubur buat selama-lamanya.




Namun, Anwar tidak lagi mempercayai Najib dan Zahid selepas Langkah Royale Chulan, dan mahu kedua-dua mereka mengisytiharkan secara terbuka sokongan mereka terhadapnya.

Andai kata Najib dan Zahid berbuat demikian, Anwar sudah pasti akan meyakinkan Pakatan Harapan untuk menarik sokongan terhadap Ismail Sabri, mungkin atas alasan Ismail Sabri gagal menguruskan isu banjir dan Tan Sri Azam Baki dengan baik.

Pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor dijangka akan berlaku dalam masa terdekat, dan Kluster Mahkamah menyokong pembubaran ini atas alasan kononnya kerajaan negeri pimpinan UMNO terlalu rapuh (majoriti satu kerusi) sehingga tidak berani membuat sebarang keputusan yang ditentang oleh Perikatan Nasional.

Namun, ini bukanlah sebab sebenar Kluster Mahkamah mahukan DUN Johor dibubarkan.

Sebaliknya, Kluster Mahkamah ingin menekan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Pakatan Harapan dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri.

Ya, Najib dan Zahid perlu memastikan bahawa parlimen dibubarkan secepat mungkin, kerana tidak mustahil Mahkamah Persekutuan akan memuktamadkan keputusan kes SRC sebelum bulan Ogos, iaitu bulan paling awal Pilihan Raya Umum ke-15 boleh diadakan.

Najib dan Zahid tidak ingin mengisytiharkan secara terbuka sokongan mereka terhadap Anwar buat ketika ini, kerana langkah sedemikian akan hanya memarahkan lagi akar umbi UMNO yang sedia meluat dengan kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

Loading...

Tetapi jika Najib dan Zahid tidak mengisytiharkan sokongan terhadap Anwar, Anwar tidak akan membatalkan MoU bersama kerajaan sebelum 1hb Ogos 2022, iaitu tarikh paling awal parlimen boleh dibubarkan berdasarkan ketetapan MoU.

Sebab itulah Kluster Mahkamah mahukan DUN Johor dibubarkan.

Jika DUN Johor dibubarkan, Anwar akan tertekan untuk mengarahkan Pakatan Harapan membatalkan MoU bersama kerajaan.

Logiknya begini:

Anwar tahu Kluster Mahkamah akan menarik sokongan terhadap Ismail Sabri tidak lama selepas Pilihan Raya Negeri Johor, dan disebabkan itu, Pakatan Harapan akan terpaksa juga membatalkan MoU bersama kerajaan.

Jika tidak, saki baki penyokong Pakatan Harapan yang masih ada akan menuduh gabungan itu “memberi nyawa kepada Perdana Menteri kerajaan minoriti yang ditolak oleh presiden partinya sendiri,” sekaligus meningkatkan tekanan terhadap Anwar untuk berundur.

Jadi bukankah lebih elok Pakatan Harapan membatalkan sahaja MoU bersama kerajaan sebaik selepas DUN Johor dibubarkan, sebelum sempat Pilihan Raya Negeri diadakan?

Jika Pakatan Harapan berbuat demikian, Anwar boleh menuduh Ismail Sabri melanggari beberapa syarat MoU, yang dirangka untuk menstabilkan kerajaan dan mengelakkan Pilihan Raya awal.

Ini akan membolehkan Anwar kelihatan seperti ‘hero’ di kalangan penyokongnya, sekaligus membantu mengembalikan sedikit sebanyak sokongan terhadap PKR yang kini berada pada tahap paling parah.

Nampak?

Anwar terjerat, dan Najib dan Zahid kenal betul dengan perangai Anwar dan tahu bagaimana merancang setiap pergerakan bagi menjerat Anwar.

Jika Pakatan Harapan membatalkan MoU selepas DUN Johor bubar, dan jika Kluster Mahkamah menarik sokongan terhadap Ismail Sabri sebelum Pilihan Raya Negeri Johor, kebarangkalian amat tinggi Pilihan Raya Umum ke-15 dan Pilihan Raya Negeri Johor akan diadakan serentak.

Sebaliknya, jika Kluster Mahkamah menunggu selepas Pilihan Raya Negeri Johor sebelum menarik sokongan terhadap Ismail Sabri, Barisan Nasional akan menang besar di peringkat negeri, kerana Pakatan Harapan perlu kekal kelihatan ‘berprinsip’ menentang pembubaran DUN Johor dan tidak boleh bertanding di Pilihan Raya Negeri.

WAJIB BACA:

Kenyataan Azam Baki bahawa Suruhanjaya Sekuriti mendapati beliau ‘tidak lakukan kesalahan’ sah palsu

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...