
Raggie Jessy Rithaudeen
قيصه رم200 بيلياون دالم تابوڠ سيڠاڤورا – اينكه سببڽ انور ماتي-ماتي ايڠين جادي ڤي عيم؟
Berikut merupakan kisah dana RM200 bilion yang didakwa mengalir ke Singapura melalui bank-bank persisir di Labuan. Menurut penulis, duit ini milik orang perseorangan dan syarikat yang mendapat kebenaran dari DATUK SERI ANWAR IBRAHIM untuk menyertai program kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan Singapura yang menjadi pusat kewangan Asia Pasifik. Apakah benar apa yang didakwa oleh penulis ini? Ikutilah kisahnya (dipetik dari Facebook Kelab Che Det, link di bawah)…
Kisah 200 bilion dalam tabung Singapura
Ahmad Baharom
Maka DATUK SERI ANWAR IBRAHIM dipanggil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menangani masalah kegawatan masa itu dengan segera. DATUK SERI ANWAR IBRAHIM mencadangkan untuk menggunakan pakej IMF kerana beliau telah dilantik sebagai Presiden IMF bagi Asia Pasifik.
Antara Pakej IMF:
a. Menaikkan kadar asas pinjaman (BLR) hingga 10% bagi bank dan 12% bagi syarikat kewangan.
b. Bank-bank di arah mengurangkan pinjaman (credit sqeeze).
c. Menggurangkan tempoh hutang lapuk (NPL) dari 6 bulan dipendekkan kepada 3 bulan.
d. Menaikkan bayaran minima bulanan kad kredit.
e. BSKL diarah bekukan penyenaraian saham baru, penerbitan saham terbitan hak dan penyusunan semula syarikat.
f. Di sektor kerajaan pemotongan gaji dan elaun para menteri dan pegawai tinggi kerajaan, pembekuan kenaikkan gaji kakitangan kerajaan, pemotongan belanjawan 1998 sebanyak 18% yang bernilai RM12B dan menggantikan projek-projek mega.
Semua langkah kewangan dan fisikal ini secara langsung mengejutkan kepada sektor kerajaan dan swasta yang selama ini boleh dikatakan telah selesa dalam ekonomi yang berkembang purata 8% sejak 10 tahun lalu. Masyarakat peniaga kini terhimpit dua penjuru, sudahlah dikejar bank dan projek kerajaan pula terjejas. Selama 6 bulan ekonomi Malaysia tidak bergerak.
Justifikasi Tun Dr Mahathir Mohamad ialah jika kerajaan tidak berbuat apa-apa dan membiarkan sahaja kepada pasaran dalam ekonomi gawat (cara DATUK SERI ANWAR IBRAHIM) sudah tentu syarikat-syarikat besar yang bermasalah ini akan bankrap, beribu-ribu pekerja akan hilang pekerjaan dan kerajaan akan hilang punca pendapatan dan cukai.
Sebaliknya DATUK SERI ANWAR IBRAHIM berpendapat usaha menyelamat syarikat-syarikat besar menggunakan khazanah negara adalah tidak wajar. Nampaknya DATUK SERI ANWAR IBRAHIM selaku Menteri Kewangan masih kabur tentang falsafah pentadbiran kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggangap pihak swasta adalah rakan kongsi yang strategik dalam memajukan ekonomi negara.
Bagi maksud ini Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan Danamodal dan Danaharta khusus bagi membantu pihak swasta menyusun semula modal dan hutang akibat kemelesetan ekonomi.
Pencanggahan falsafah dan cara pendekatan menyelamatkan ekonomi Negara yang diambil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan DATUK SERI ANWAR IBRAHIM ini menimbulkan bibit-bibit pertentangan pendapat antara dua pemimpin ini.
Di masa kegawatan ekonomi ini, Singapura telah melancarkan satu program kewangan yang menawarkan kepada sesiapa sahaja dari negara-negara serantau, orang perseorangan, pihak swasta untuk menyimpan wang dalam instrument kewangan; simpanan tetap (fix deposit) dan kerajaan Singapura akan membayar kadar faedah sebanyak 36%.
Dalam bulan Ogos 1998, BSKL mencatat kejatuhan paling rendah dengan indeks di bawah 300 mata. Nilai saham merosot hampir 80% dan matawang ringgit melebihi paras RM4.00 = USD$1.00.
Akibatnya jumlah syarikat yang bankrap meningkat hampir 300% dari 163 buah kepada 435 buah dan hampir 10 syarikat awam menghadapi masalah besar dengan bank.
Melihat suasana ekonomi yang sudah masuk peringkat “DEPRESSION” dari ‘RECESSION” Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak tegas menubuhkan MTEN (Majis Tindakan Ekonomi Negara) dan Tun Daim Zainuddin sebagai Pengarahnya.
MTEN berfungsi mencari formula bagaimana kaedah yang boleh digunakan pakai untuk keluar dari kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia dan dalam masa yang sama Malaysia tidak sesekali akan meminjam dari IMF.
Segala proposal dari MTEN mesti dihantar ke Kementerian Kewangan dahulu untuk disemak dan baru dibentangkan di Kabinet. Proposal pertama dihantar ke Kementerian Kewangan tetapi tak sampai ke Kabinet. Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Tun Daim Zainuddin menghantar proposal kali kedua ke Kementerian Kewangan tetapi masih juga tidak sampai ke Kabinet.
Masa terlalu singkat dan ekonomi Negara perlu diselamatkan. Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak tegas dengan melantik Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri penuh dengan tugas-tugas khas supaya proposal di MTEN itu tidak perlu melalui Kementerian Kewangan lagi.
Melalui laporan dan semakan MTEN, duit hampir RM200 bilion telah mengalir keluar ke Singapura melalui bank-bank persisir di Labuan. Duit-duit ini milik orang perseorangan dan syarikat yang mendapat kebenaran dari DATUK SERI ANWAR IBRAHIM untuk menyertai program kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan Singapura yang menjadi pusat kewangan Asia Pasifik.
Tun Dr Mahathir Mohamad menemui rakan sejawatnya di Singapura iaitu Goh Chok Tong dan mohon jasa baik utuk melepaskan kembali duit yang hampir RM200 bilion itu ke dalam Malaysia. Respon Singapura sangat negatif kerana ini urusan business dan bukanya faktor simpati.
Dalam masa yang sama Indonesia juga menghantar RM340 bilion ke Singapura untuk menyertai program kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan Singapura.
Tun Dr Mahathir Mohamad begitu marah dengan sikap pemimpin Singapura yang tidak bertanggungjawab kerana program kewangan yang ditawarkan itu boleh memiskinkan negara-negara jiran dan Tun Dr Mahathir Mohamad mula mengatur strategi untuk bertindak melalui nasihat MTEN.
Pada 1 September 1998, Malaysia telah melancarkan sistem kewangan Kawalan Modal dan Penetapan Nilai Ringgit: RM3.80 = USD$1.00. Melalui sistem ini Tun Dr Mahathir Mohamad begitu berani membuat keputusan keluar dari sistem kewangan dunia. Melalui sistem ini Ringgit tidak boleh diniagakan dan Ringgit tidak laku di pasaran wang antarabangsa sebaliknya hanya laku dan sah di dalam Malaysia sahaja.
Sistem ini adalah untuk memberi pengajaran kepada DATUK SERI ANWAR IBRAHIM dan Singapura. Duit yang hampir RM200 bilion di bank-bank Singapura itu tidak laku dan tidak boleh diniagakan serta tiada nilai sebab sistem kewangan di Malaysia tidak mempraktiskan lagi sistem kewangan apungan (floating exchange).
Sebab itu Tun Dr Mahathir Mohamad memberi masa sebulan untuk duit-duit itu dibawa balik semula ke Malaysia. Dalam masa sebulan duit yang masuk hanyalah RM38B sahaja dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berpuas hati dan bertindak selanjutnya dengan menghapuskan note-note (nilai matawang Ringgit) 1000, 500 dan 20.
Tun Dr Mahathir Mohamad memberi tempoh tertentu untuk nilai matawang 1000, 500 dan 20 itu dibawa masuk ke Malaysia untuk dibayar nilai yang sama (one to one) dan jika tidak, pemilik wang tersebut tidak akan dibayar dengan nilai yang sama.
Maka pada 2 September 1998, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM telah dipecat dari jawatan TPM dan Menteri Kewangan. Pada 3 September 1998 pula DATUK SERI ANWAR IBRAHIM di pecat dari menjadi ahli UMNO.
Kesan dari peristiwa ini, Gabenor Bank Negara, Timbalan Gabenor Bank Negara dan Penolong Bank Negara meletakkan jawatan serta merta. Mereka semua adalah penyokong DATUK SERI ANWAR IBRAHIM dan bertujuan untuk menggagalkan sistem ini.
Kegawatan ekonomi dan peranan DATUK SERI ANWAR IBRAHIM memindahkan wang sejumlah hampir RM200B dari Malaysia ke Singapura itu secara rahsia tidak dapat diterima oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau menggangap DATUK SERI ANWAR IBRAHIM sebagai pengkhianat negara dan hukumannya adalah pemecatannya.
Sistem kawalan modal ini sangat berjaya dan ringgit yang terdapat di negara-negara seluruh dunia dipindahkan kembali ke dalam Malaysia dan jumlahnya melebihi RM200B dan dengan wang inilah dapat menjana kembali ekonomi Negara. Namun baki duit tersebut yang gagal dibawa pulang masih lagi berada di Singapura.
Malang pula bagi Indonesia, setelah bertahun-tahun merayu kepada kerajaan Singapura untuk mendapatkan kembali RM340B itu namun tidak berjaya. Sehinggakan akhirnya ada pemilik-pemilik wang tersebut yang menukar kewarganegaraan mereka menjadi rakyat Singapura kerana wang berjumlah RM340B itu tetap tersimpan dan menjadi milik Singapura. Malang bagi Indonesia, mereka terpaksa pula meminjam dari IMF.
Tudiaaa, patutlah bersungguh-sungguh benar nak menjadi Perdana Menteri, rupanya ada ‘tabung’ di Singapura. Jelaslah sekarang, antara sebab/faktor utama Anwar dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu adalah disebabkan beliau tak pandai nak urus tadbir negara.
SUMBER: Facebook Kelab Che Det
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
