Khir Toyo mahu buat kemunculan semula pada PRU15

Khir Toyo yakin dengan penerimaan dan sokongan kuat penduduk tempatan kepadanya. Sumber (gambar): Astro Awani

خير تويو ماهو بوات كمونچولن سمولا ڤد ڤرو15

Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, menyatakan hasrat secara terbuka bertanding kerusi Parlimen Sungai Besar, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bertujuan mengembalikan semula kerusi berkenaan kepada Umno.

Dalam pada itu, mengulas berhubung spekulasi Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, yang disebut-sebut akan bertanding di Sungai Besar, Khir berkata, perkara berkenaan terserah kepada pimpinan parti untuk menilai.

“Saya tidak mahu komen lanjut kerana tidak pernah berjumpa atau mengenali beliau (Tengku Zafrul).”


PETALING JAYA: Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, menyatakan hasrat secara terbuka bertanding kerusi Parlimen Sungai Besar, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bertujuan mengembalikan semula kerusi berkenaan kepada Umno.




Bekas ADUN Sungai Panjang itu yakin dengan penerimaan dan sokongan kuat penduduk tempatan kepadanya.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Tujuan saya (bertanding) hanya mahu memastikan kemenangan parti dan bukannya ada tujuan lain.

“Bagaimanapun, segala keputusan terserah kepada pucuk kepimpinan tertinggi parti,” katanya menurut laporan Harian Metro.

TONTON: NAJIB ELAK JAWAB

Kerusi Parlimen Sungai Besar ketika ini disandang wakil rakyat Bersatu, Muslimin Yahya, yang juga timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi, selepas menang dengan majoriti 714 undi.

Dalam pada itu, mengulas berhubung spekulasi Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, yang disebut-sebut akan bertanding di Sungai Besar, Khir berkata, perkara berkenaan terserah kepada pimpinan parti untuk menilai.

“Saya tidak mahu komen lanjut kerana tidak pernah berjumpa atau mengenali beliau (Tengku Zafrul).

“Apa yang ingin saya tegaskan, sekiranya beliau terpilih (bertanding), kita perlu memastikan kerusi itu menang nanti,” katanya.

Loading...

Sumber:

WAJIB TONTON:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...