
خالد تق ڤرلو چريتا ڤريحال ڬاجي منتري ‘دتلن’ ڤرتي أمانه
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad semalam menyanggah cadangan rakan sejawatnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar gaji dan elaun menteri dipotong.
Menurut Khalid, gaji yang diperoleh menteri pada masa ini sudah memadai walaupun jauh lebih rendah berbanding menteri pada pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Apa yang melucukan ialah dakwaan Khalid bahawa gaji beliau turut dipotong sehingga 30 peratus untuk dimasukkan ke dalam akaun Parti Amanah Negara (Amanah).
Khalid seharusnya sedar bahawa duit rakyat hasil pungutan cukai digunakan untuk membayar gaji beliau untuk melaksanakan tugas menteri, bukannya tugas parti.
SUBANG JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad semalam menyanggah cadangan rakan sejawatnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar gaji dan elaun menteri dipotong.
Rabu lalu, Saddiq, yang menerajui Kementerian Belia dan Sukan, menolak keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memansuhkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) pelantikan baharu yang awalnya dijadualkan bermula 1 Januari ini.
Beliau meluahkan perkara itu melalui satu rakaman video dikongsi di laman rasmi akaun Twitternya yang memberitahu kerajaan seharusnya melakukan kajian lebih terperinci kerana ia amat memberi kesan kepada rakyat.
Luahan Saddiq mendapat perhatian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kemudiannya memutuskan untuk menangguhkan pemansuhan tersebut sehingga Kabinet membincangkannya semula Januari depan.
Menurut Khalid, gaji yang diperoleh menteri pada masa ini sudah memadai walaupun jauh lebih rendah berbanding menteri pada pemerintahan Barisan Nasional (BN).
“Saya rasa dah okey (elaun, gaji menteri). Sejak hari pertama dilantik menteri, elaun ahli Parlimen dipotong sepenuhnya.
“Kalau dulu, elaun dan gaji ahli Parlimen turut dinikmati oleh menteri,” katanya.
Beliau berkata, kesemua kemudahan yang disediakan untuk ahli Parlimen yang dilantik sebagai menteri telah dinafikan.
“Elaun ahli Parlimen dipotong sepenuhnya termasuklah elaun kehadiran Parlimen sekitar RM300 hingga RM400 sehari.
“Saya juga sudah tidak boleh lagi buat tuntutan bagi cukai jalan kenderaan,” katanya.
Apa yang melucukan ialah dakwaan Khalid bahawa gaji beliau turut dipotong sehingga 30 peratus untuk dimasukkan ke dalam akaun Parti Amanah Negara (Amanah).
“Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen Amanah akan menyumbangkan sebahagian gaji mereka untuk parti,” katanya.
Nasihat saya kepada Khalid ialah untuk tidak campur aduk keputusan dalaman parti berhubung gaji dan elaun dengan isu gaji menteri kabinet.
Khalid seharusnya sedar bahawa duit rakyat hasil pungutan cukai digunakan untuk membayar gaji beliau untuk melaksanakan tugas menteri, bukannya tugas parti.
Justeru, jika beliau menggunakan sebahagian daripada duit itu untuk urusan parti, itu adalah keputusan peribadinya yang tidak perlu dihebohkan kepada rakyat,
RJ RITHAUDEEN
