Khalid Samad pertahan DAP, dakwa PAS seolah-olah anggap Nik Aziz, Fadzil Noor ‘bacul’

Khalid melampirkan laporan berita yang memetik Idris berkata orang Melayu yang berani melawan DAP adalah Melayu berprinsip, sebaliknya mereka yang bersekongkol serta mengikut telunjuk DAP adalah sebenarnya yang bacul. Sumber (gambar): Fail TTF

خالد صمد ڤرتاهن دڤ، دعوا ڤاس سأوله-اوله اڠڬڤ نئ عزيز، فاذل نور ءباچولء

Khalid Samad hari ini dilaporkan membidas kenyataan Naib Presiden PAS Idris Ahmad bahawa orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP sebagai bacul. 

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, Idris seolah-olah menganggap pemimpin PAS terdahulu, Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Almarhum Fadzil Noor, turut bacul kerana menyokong kerjasama dengan DAP.

Semalam, Idris menempelak kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa orang Melayu sekarang menjadi bacul kerana takut kepada DAP, sehingga sanggup memilih penyangak sebagai pemimpin.

Beliau berkata, orang Melayu yang berani melawan DAP adalah Melayu berprinsip, sebaliknya mereka yang bersekongkol serta mengikut telunjuk DAP adalah sebenarnya yang bacul.


PETALING JAYA: Khalid Samad hari ini dilaporkan membidas kenyataan Naib Presiden PAS Idris Ahmad bahawa orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP sebagai bacul.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, Idris seolah-olah menganggap pemimpin PAS terdahulu, Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Almarhum Fadzil Noor, turut bacul kerana menyokong kerjasama dengan DAP.




“Almarhum Nik Aziz dan Almarhum Fadzil Noor dianggap bacul oleh PAS sekarang? Tak sangka akan sesesat ini apabila dipimpin (presiden PAS) Abdul Hadi Awang.

“Almarhum berdua paling kuat menyokong kerjasama dengan DAP menentang kezaliman dan korupsi BN,” ciapnya di Twitter hari ini sepertimana dilaporkan portal Malaysiakini.

Semalam, Idris menempelak kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa orang Melayu sekarang menjadi bacul kerana takut kepada DAP, sehingga sanggup memilih penyangak sebagai pemimpin.

Beliau berkata, orang Melayu yang berani melawan DAP adalah Melayu berprinsip, sebaliknya mereka yang bersekongkol serta mengikut telunjuk DAP adalah sebenarnya yang bacul.

“Orang Melayu melawan DAP adalah mereka yang berani melawan arus kerana tidak bersetuju dengan konsep yang dibawa DAP serta cubaan parti itu untuk merungkai segala kontrak sosial yang telah disepakati bersama selepas kemerdekaan.

“Mereka yang sebenarnya bacul adalah Melayu minoriti yang masih bersekongkol dengan DAP dan mengikut telunjuk parti itu semata untuk kuasa sementara.

“Sedangkan DAP pula sedang merancang untuk berkuasa dalam jangka panjang,” katanya

Loading...

Kenyataan Idris susulan kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata beliau malu melihat orang Melayu takut kepada parti tersebut, dan percaya ia boleh menghancurkan mereka jika berada dalam kerajaan.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...