Khairuddin: Lokman Adam elok tanding ‘Maharaja Lawak’, boleh juara

Menurut Khairuddin, beliau lazimnya tidak menghiraukan kenyataan-kenyataan Lokman menerusi video-videonya dalam sosial media kerana memberi perhatian kepadanya adalah “sesuatu yang membuang masa.” Sumber (gambar): TTF

لقمان آدم ايلوق برتنديڠ ‘مهاراج لاوق’ ايديسي ‘سياڤا ڤاليڠ لوبق’، بوليه جوارا

Datuk Lokman Adam seeloknya bertanding program “Maharaja Lawak” sebagai “Lobakman” kerana percaya Tun Dr Mahathir Moahamad ingin memasuki Muafakat Nasional dan dibantu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tujuan ini.

Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang berkata Lokman kini dilihat “hilang pedoman” dan “meroyan” hampir setiap hari dengan dakwaan-dakwaan palsu seperti orang yang “mabuk ketum.”

“Keseluruhan rakyat dapat menilai melalui kenyataan-kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pengkhianatan Muhyiddin Yassin serta betapa kecewanya mantan perdana menteri terhadap perangai buruk perdana menteri masakini.

“Dari buang masa dalam politik yang tiada masa depan cerah untuk budak ini, saya secara jujur serta ikhlas ingin sarankan agar budak ini masuk bertanding dalam program Astro ‘Mega Maharaja Lawak’.

“Pentas lawak ini mempunyai potensi untuk Lokman Adam mencipta nama serta buat duit melalui hadiah kemenangan.”


PETALING JAYA: Datuk Lokman Adam seeloknya bertanding program “Maharaja Lawak” sebagai “Lobakman” kerana percaya Tun Dr Mahathir Moahamad ingin memasuki Muafakat Nasional dan dibantu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tujuan ini.

Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang berkata Lokman kini dilihat “hilang pedoman” dan “meroyan” hampir setiap hari dengan dakwaan-dakwaan palsu seperti orang yang “mabuk ketum.”




“Sesungguhnya, teori Lokman ini adalah teori bodoh dari seorang yang dilihat tidak lagi berpaksi pada realiti. Setiap kata-katanya penuh dengan pendustaan ataupun teori yang tidak berasas sama sekali.

“Sebab itulah UMNO sendiri telah memecat budak ini kerana setiap hari bangun saja dari tidur maka dia akan meroyan serta cakap bodoh,” kata Khairuddin.

Menurutnya, beliau lazimnya tidak menghiraukan kenyataan-kenyataan Lokman menerusi video-videonya dalam media sosial kerana memberi perhatian kepadanya adalah “sesuatu yang membuang masa.”

“Bila saya terbaca dan terdengar kenyataan-kenyataan lobak ini saya rasa amat lucu. Amat geli hati membaca atau mendengar kenyataan-kenyataan budak ini.

“Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan sama sekali akan terfikir bekerjasama dengan puak bermasalah yang “kleptokratik” atau pemimpin-pemimpin korup dari UMNO, lebih-lebih lagi mereka yang sudah disabit kesalahan oleh Mahkamah Tinggi.

“Prinsip perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad nyata sekali jauh berbeza dari Muhyiddin Yassin, dan hanya mereka yang tidak berakal sahaja tidak dapat melihat ini hingga terperdaya dengan “lobakman.”

“Demi untuk menjawat jawatan perdana menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin sanggup jilat ludahnya sendiri dan sanggup buat pusingan-U demi untuk mendapat kuasa.

Loading...

“Betapa tersasarnya Lokman Adam ini saya sendiri amat tak faham. Saya rasa dalam tempurung kepala dia kosong kut…

“Keseluruhan rakyat dapat menilai melalui kenyataan-kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pengkhianatan Muhyiddin Yassin serta betapa kecewanya mantan perdana menteri terhadap perangai buruk perdana menteri masakini.

“Tapi budak Lokman Adam ini masih mengaitkan seolah-olah Tun Dr Mahathir Mohamad masih berkerjasama dengan Muhyiddin Yassin!

“Pada pandangan peribadi saya, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah ‘membakar jambatan’ dengan pengkhianat nombor satu negara Muhyiddin Yassin.

“Kecualilah sekiranya Muhyiddin Yassin sedar akan segala kesilapan besarnya, insaf serta memohon maaf kepada keseluruhan rakyat malaysia akan tindakannya mengkhianati mandat rakyat pada PRU14 yang lepas.

“Namun, tidak hairanlah sekiranya budak Lokman Adam gagal buat pembacaan politik yang tepat. Minda dan pemikiran budak ini betul-betul macam ada lobak sahaja dalam tempurung kepalanya.

“Sebab itu apa saja dia bercakap kita hanya akan dengar ungkapan-ungkapan yang amat jelik dan tidak sedap didengar.

“Dari buang masa dalam politik yang tiada masa depan cerah untuk budak ini, saya secara jujur serta ikhlas ingin sarankan agar budak ini masuk bertanding dalam program Astro ‘Mega Maharaja Lawak’.

“Pentas lawak ini mempunyai potensi untuk Lokman Adam mencipta nama serta buat duit melalui hadiah kemenangan.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...