Ketua Penerangan PPBM mengaku JASA dulu ‘unit propaganda’

JASA dikatakan mengagihkan banyak dana bagi membayar Laskar Siber (Cybertrooper) yang membantu memarakkan propaganda. Sumber (gambar): Astro Awani

كتوا ڤنراڠن ڤڤبم مڠاكو جاس دولو ءاونيت ڤروڤاڬنداء

Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) pernah berfungsi sebagai satu unit propaganda.

Demikian menurut Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, yang menambah, era di mana JASA berfungsi sebagai unit propaganda sudah berlalu.

Pada bulan Mei 2018, ketika menjelaskan sebab JASA ditutup, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata banyak unsur-unsur politik mempengaruhi jabatan itu sehingga dipergunakan oleh pentadbiran terdahulu.

Jadi amat tidak masuk akal Muhyiddin menghidupkan semula JASA setelah merampas kerajaan secara tidak demokratik kerana beliau sendiri terlibat dalam kerajaan terdahulu ketika keputusan dibuat untuk membubarkan jabatan itu.

Semalam, Zaharin Mohd Yasin mempersoalkan bagaimana satu jabatan yang dibubarkan oleh kabinet dengan tidak membatalkan keputusan kabinet sebelumnya boleh diberikan peruntukan.


PETALING JAYA: Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) pernah berfungsi sebagai satu unit propaganda.

Demikian menurut Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, yang menambah, era di mana JASA berfungsi sebagai unit propaganda sudah berlalu.




“Jasa adalah Jabatan Hal Ehwal Khas. Peranannya berubah mengikut situasi semasa. Saya difahamkan bahawa niat kerajaan setakat ini adalah untuk memastikan kerajaan sentiasa mendengar dan faham rintihan rakyat, dan pada masa yang sama rakyat juga boleh mendapat maklumat tepat dari kerajaan.

“Bukan untuk propaganda seperti dulu. Era itu sudah berakhir,” tulis Wan Saiful di Facebook.

“Saya difahamkan bahawa niat kerajaan setakat ini adalah untuk memastikan kerajaan sentiasa mendengar dan faham rintihan rakyat, dan pada masa yang sama rakyat juga boleh mendapat maklumat tepat dari kerajaan (Menerusi Jasa),” katanya.

Sepintas lalu, JASA diperkenalkan oleh pentadbiran Barisan Nasional sebelum ianya dihentikan selepas Pakatan Harapan memegang tampuk kepimpinan negara.

Unit tersebut dikatakan mengagihkan banyak dana bagi membayar Laskar Siber (Cybertrooper) yang membantu memarakkan propaganda.

Kenyataan Wan Saiful membuktikan dakwaan ini benar.

Jumaat lalu, saya menulis:

Loading...

Pada bulan Mei 2018, ketika menjelaskan sebab JASA ditutup, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata banyak unsur-unsur politik mempengaruhi jabatan itu sehingga dipergunakan oleh pentadbiran terdahulu.

Jadi amat tidak masuk akal Muhyiddin menghidupkan semula JASA setelah merampas kerajaan secara tidak demokratik kerana beliau sendiri terlibat dalam kerajaan terdahulu ketika keputusan dibuat untuk membubarkan jabatan itu.

Peruntukan RM85.5 juta bagi JASA di bawah Belanjawan 2021 merupakan peruntukan tertinggi dalam sejarah, hampir empat kali ganda peruntukan di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional, iaitu RM22,886,500 pada tahun 2017.

Ini menimbulkan persoalan bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh meluluskan cadangan itu tatkala wabak Covid-19 menggila dan rakyat ditimpa pelbagai dugaan akibat kehilangan sumber pendapatan dan kos sara hidup yang meningkat.

Semalam, Zaharin Mohd Yasin mempersoalkan bagaimana satu jabatan yang dibubarkan oleh kabinet dengan tidak membatalkan keputusan kabinet sebelumnya boleh diberikan peruntukan.

“Jika proses Perlembagaan dan Undang-undang tidak di jelaskan, dan keputusan membubarkan tidak dibatalkan, JASA adalah pertubuhan haram yang dibiayai oleh pembayar cukai.

“Dan kita rakyat Malaysia perlu jawapan dan penjelasan,” katanya.

RJ RITHAUDEEN

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...