
كيس اوبهسواي لاڤورن اءوديت 1مدب: محكمه بنر ڤيندا ڤرتودوهن، نجيب، ارول كندا مڠاكو تيدق برساله
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan pihak pendakwaan meminda pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dalam kes meminda laporan audit 1MDB.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pindaan terhadap pertuduhan itu tidak akan menimbulkan sebarang prejudis atau menyebabkan berlaku ketidakadilan terhadap kedua-dua tertuduh.
Najib, 67, didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.
Najib didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan pihak pendakwaan meminda pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dalam kes meminda laporan audit 1MDB.
Menurut portal berita Bernama, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pindaan terhadap pertuduhan itu tidak akan menimbulkan sebarang prejudis atau menyebabkan berlaku ketidakadilan terhadap kedua-dua tertuduh.
Hakim kemudian memerintahkan agar pertuduhan baru dibacakan kepada Najib dan Arul.
Najib dan Arul Kanda kemudian mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan itu setelah pertuduhan baharu itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah
Najib, 67, didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.
Beliau didakwa, atas kedudukannya sebagai pegawai awam iaitu perdana menteri, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.
Najib didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
