Kes saman fitnah Tun Mahathir terhadap Zahid Hamidi bermula 11 September

Ahmad Zahid didakwa berniat jahat dengan mengeluarkan kenyataan fitnah mendedahkannya kepada rasa tidak puas hati dan dibenci masyarakat. Sumber (gambar): TTF

كيس سامن فتنه تون محضير ترهادڤ زاهيد حميدي برمولا 11 سيڤتيمبر

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Perbicaraan kes saman fitnah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerana mempersoalkan asal usul bekas Perdana Menteri itu, ditetapkan selama empat hari bermula 11 September ini. 

Dr Mahathir, 97, yang juga bekas Pengerusi BERSATU selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Haidir & Co di Mahkamah Tinggi, pada 20 Julai tahun lalu dengan menamakan Ahmad Zahid, 70, yang juga Presiden UMNO sebagai defendan.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, defendan mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan sengaja merujuk terus kepada plaintif ketika Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

Plaintif percaya dengan sesungguhnya bahawa individu dirujuk defendan dalam kenyataan fitnah itu sebagai ‘orang itu’, ‘dia’ dan ‘Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ jelas merujuk kepadanya secara spesifik.


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman fitnah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerana mempersoalkan asal usul bekas Perdana Menteri itu, ditetapkan selama empat hari bermula 11 September ini.

Dr Mahathir, 97, yang juga bekas Pengerusi BERSATU selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Haidir & Co di Mahkamah Tinggi, pada 20 Julai tahun lalu dengan menamakan Ahmad Zahid, 70, yang juga Presiden UMNO sebagai defendan.




Peguam bela Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi, berkata tarikh perbicaraan itu diputuskan Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff, ketika pengurusan kes saman itu secara sidang video hari ini, yang turut disertai peguam Ahmad Zahid, Mohd Shahril Madisa.

“Mahkamah menetapkan tarikh akhir bagi pengurusan kes menerusi aplikasi Zoom pada jam 9 pagi, 14 Julai ini, bagi mengemas kini perkembangan terkini kes ini jika ada.

TONTON: BERITA AMAT BURUK BUAT ZAHID HAMIDI

“Kes ini juga ditetapkan untuk bicara penuh pada jam 9 pagi, 11 hingga 14 September di depan hakim sama. Dr Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz akan dipanggil sebagai saksi plaintif,” katanya pada BH, hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, defendan mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan sengaja merujuk terus kepada plaintif ketika Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

Plaintif percaya dengan sesungguhnya bahawa individu dirujuk defendan dalam kenyataan fitnah itu sebagai ‘orang itu’, ‘dia’ dan ‘Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ jelas merujuk kepadanya secara spesifik.

Ahmad Zahid didakwa berniat jahat dengan mengeluarkan kenyataan fitnah mendedahkannya kepada rasa tidak puas hati dan dibenci masyarakat.

Susulan itu, kedudukan Dr Mahathir sebagai seorang negarawan dan tokoh politik yang berpengaruh di mata dunia dipandang serong.

Loading...

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...