Kes ‘kecoh’ di KLIA: Soalan-soalan yang wajib dijawab

Adakah Menteri Dalam Negeri telah memberikan kuasa secara tidak berperlembagaan kepada Tiong untuk mewakilinya di KLIA? Tonton juga penjelasan secara LIVE DI SINI (KLIK DI SINI)

Raggie Jessy Rithaudeen

سؤالن-سؤالن يڠ واجب دجواب سوسولن لاڤورن ءمنتري بوات كچوهء د كليا

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Susulan laporan “Menteri buat kecoh di KLIA” (Bebas News), menteri terbabit, Tiong King Sing, dan juga menteri pengangkutan, Anthony Loke, masing-masing sudah keluarkan kenyataan.

Menurut Tiong, beliau secara tidak langsung membuka pendedahan amalan gejala rasuah melibatkan pihak berkuasa terhadap seorang pelancong wanita warga China.




Manakala itu, Loke mendakwa tidak timbul isu ‘pencerobohan’ sekuriti kerana setiap menteri ada pas VIP untuk masuk kawasan sekuriti.

TONTON: KES KECOH DI KLIA – TIGA ISU SERIUS BERBEZA YANG RAKYAT TERLEPAS PANDANG

Namun, sepertimana yang saya dedahkan semalam, kedua-dua Tiong dan Loke sudah lari jauh dari isu pokok yang memerlukan siasatan rapi polis, SPRM dan sebuah jawatankuasa siasatan khas (bebas).

Loke juga memberi maklumat salah, kerana sekali pun menteri memiliki kelonggaran pas VIP, itu tidak bermakna menteri boleh melanggari protokol-protokol keselamatan lazim yang ditetapkan oleh imigresen dan KLIA, antara lain.

Seharusnya, Loke mengunci mulut sehingga laporan-laporan berkaitan diperolehi daripada semua terbabit, melainkan Loke ingin memberi penjelasan tentang langkah-langkah yang sedang atau akan diambil oleh kementeriannya untuk mengumpul laporan-laporan berkenaan.

Hakikatnya, laporan Bebas News berserta kenyataan Tiong dan laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai imigresen dari KLIA menimbulkan seribu satu kemungkinan yang wajib disiasat, antaranya;

1.     Kemungkinan Tiong melanggari protokol imigresen di KLIA, menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Pelancongan dan menimbulkan kekecohan di KLIA

2.     Kemungkinan Tiong ada bukti salah laku rasuah dalam kes pelawat China yang disebut dalam laporan Bebas News (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kes kecoh di KLIA”), dan

Loading...

3.     Kemungkinan Tiong ada bukti kelakuan atau budaya merasuah melibatkan imigresen di KLIA yang tidak spesifik kepada kes kecoh di KLIA.

Perkara (2) dan (3) hanya berkait jika pihak penyiasat menemui bukti salah laku rasuah spesifik kepada kes kecoh di KLIA apabila menyiasat kemungkinan imigresen di KLIA tertibat dalam gejala rasuah secara am.

Setakat yang saya maklum, pegawai imigresen yang dikaitkan dengan kes kecoh itu sudah membuat laporan polis, dan tidak ada sebarang maklumat yang mengesahkan Tiong turut berbuat demikian.

Dalam laporan pegawai berkenaan, Tiong didakwa enggan memberi peluang kepadanya untuk memberi penjelasan dan sebaliknya menuduhnya meminta rasuah sebanyak RM3,000.

Pegawai itu menafikan tuduhan Tiong, dan gambaran yang timbul ialah Tiong membuat tuduhan palsu dan mencampuri urusan imigresen di KLIA.

Jika Tiong tiada bukti khusus berlaku kejadian rasuah dalam kes kecoh di KLIA, tuduhan Tiong terhadap pegawai terbabit berkemungkinan besar fitnah yang perlu diambil tindakan.

Barangkali Tiong mempunyai bukti atau maklumat secara am berhubung gejala rasuah melibatkan imigresen di KLIA.

Jika itu kebenarannya, Tiong mungkin mengaitkan gejala itu dengan kes kecoh di KLIA untuk mempertahankan dirinya setelah kes itu tular.

Namun, tindakan ini amat tidak bertanggungjawab dan mencalar imej pegawai terbabit yang mungkin menjalankan tugasnya dengan betul.

Sekalipun Tiong memiliki bukti khusus salah laku rasuah dalam kes kecoh di KLIA, timbul persoalan mengapa beliau tidak memaklumkannya kepada pihak Kementerian Dalam Negeri terlebih dahulu.

Berdasarkan pengakuan Tiong sendiri, beliau telah ke KLIA sebanyak lima kali untuk “campur tangan” (intervene) dalam masalah “sedemikian” (seperti yang dihadapi oleh pelancong dari China dalam kes kecoh di KLIA).

Namun, masalah sedemikian jelas berada di bawah bidang kuasa kementerian dalam negeri dan bukannya kementerian yang diterajui oleh Tiong, sekaligus menjadikannya urusan kementerian dalam negeri.

Peliknya, Menteri Dalam Negeri seolah-olah tidak tahu menahu apa yang berlaku dan menjawab ringkas beliau sedang menunggu laporan.

Adakah Menteri Dalam Negeri telah memberikan kuasa secara tidak berperlembagaan kepada Tiong untuk mewakilinya di KLIA?

Atas dasar apakah Tiong berani mencampuri urusan kementerian dalam negeri di KLIA dan kemudian mengaku secara terbuka berbuat demikian?

Benarkah Tiong telah mengugut pegawai imigresen dan mencampuri urusan imigresen sepertimana yang dinyatakan oleh pegawai berkenaan dalam laporannya kepada pihak polis?

Kenapakah SPRM hanya mengesahkan akan menyiasat kes Tiong selepas laporan Bebas News tular, sedangkan Tiong mendakwa beliau ke KLIA bersama pegawai SPRM?

Sekiranya betul Tiong ke KLIA bersama pegawai SRPM, tidak kah pegawai berkenaan menasihati Tiong untuk tidak mencampuri urusan kementerian dalam negeri?

Inilah soalan-soalan yang perlu dijawab menerusi siasatan rapi polis, SPRM dan sebuah jawatankuasa siasatan khas (bebas) yang wajar ditubuhkan.

#PMX #Anwar #KLIA



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...