
“Jika “Total Lockdown” dilakukan dengan betul, dan jika setiap warganegara Malaysia dipaksa duduk rumah, mustahil angka Covid-19 akan berada pada paras melebihi 5,000 kes harian, malah angka itu sudah pasti berada pada tahap tiga atau dua digit hari ini”
Raggie Jessy Rithaudeen
#كراجأنڬاڬل: سوكوڠ كيمڤين بنديرا ڤوتيه، تولق ڤمينجم واڠ برليسين
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Satu kempen yang meminta pihak yang terdesak dan terputus bekalan makanan untuk menaikkan bendera putih di rumah masing-masing makin tular di media sosial.
Menurut laporan, kempen itu adalah bagi memberi syarat kepada orang lain untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan segera.
Kempen ini dan disahut oleh TTF sejak pagi tadi.
Kempen ini lebih realistik berbanding tindakan kerajaan untuk tiba-tiba membenarkan sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) berdaftar dibuka dalam tempoh “Total Lockdown,” kononnya untuk mengelakkan orang ramai meminjam daripada ceti haram.
Hakikatnya, kerajaan seharusnya sudah mula menghulurkan bantuan kepada setiap rakyat Malaysia dari awal Mei lagi dan menutup terus sektor ekonomi bagi mengekang terus penularan wabak Covid-19.
Jika dilakukan dengan betul, dan jika setiap warganegara Malaysia dipaksa duduk rumah, mustahil angka Covid-19 akan berada pada paras melebihi 5,000 kes harian, malah angka itu sudah pasti berada pada tahap tiga atau dua digit hari ini.
Namun, disebabkan kegagalan kerajaan memahami fakta yang mudah ini dan susulan tindakan MITI membenarkan lebih 128,000 syarikat untuk beroperasi pada hari ketiga “Total Lockdown,” peniaga kecil dan sederhana terjejas teruk selama empat minggu dan akan terus terseksa disebabkan perlanjutan fasa satu “Pelan Pemulihan Negara.”
Ini menyebabkan makin ramai peniaga yang mengalami pelbagai bentuk kekangan selama setahun setengah tidak mampu membayar hutang dan terpaksa gulung tikar, manakala beratus ribu lagi mengalami pelbagai kesempitan hidup dan tekanan mental.
Kesempitan ini sudah pasti akan mendorong mereka yang terdesak untuk membuat pinjaman jika sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) berdaftar dibuka.
Malah, tindakan kerajaan mengumumkan pembukaan sektor-sektor ini terlebih dahulu sebelum mengumumkan bantuan kepada rakyat jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak ikhlas membantu mereka yang memerlukan.
Dengan menaikkan bendera putih sehingga bantuan kerajaan yang dijanjikan sampai, mereka yang terdesak boleh menghantar isyarat kepada komuniti persekitaran bahawa mereka benar-benar memerlukan bantuan.
Ini sejajar dengan kehidupan berkomuniti yang digalakkan oleh Islam dan menggalakkan masyarakat untuk prihatin dan sama-sama memikul tanggungjawab yang gagal dipikul oleh kerajaan.
WAJIB BACA:
#KerajaanGagal: Lafaz ikrar saya kepada Yang DI-Pertuan Agong
