Dato’ Lokman Adam
Pemantau Malaysia Baru meminta kerajaan Pakatan Harapan untuk lebih prihatin kepada nasib pekebun-pekebun kecil yang kini terpaksa menanggung beban tambahan akibat daripada kejatuhan harga minyak sawit sehingga 20% dalam masa 10 hari pertama bulan Jun, jika dibandingkan dengan harga pada tempoh sama tahun lepas. Industri Sawit dan Getah Malaysia merupakan industri pertanian ladang tertua di negara ini.
Dari segi kepentingan, kedua-dua industri ini merupakan tulang belakang industri perladangan. Industri sawit memberi peluang pekerjaan kepada lebih 2 juta rakyat Malaysia termasuk 644,522 pekebun kecil. Menurut MPOC, industri sawit negara menyumbang sebanyak 12% dari hasil minyak dan lemak dunia serta 27% daripada pasaran eksport dunia. Pada tahun 2016, nilai eksport sawit mencecah RM 67.6 billion yang bersamaan dengan 6.1% KDNK negara.
Industri Getah pula pada tahun 2017 mencatat kenaikan sebanyak hampir 40% peningkatan dari tahun 2016 dengan nilai pasaran eksport sebanyak RM 19.2 billion. Namun, kedua hh utama negara ini sedang mengalami kejatuhan harga jualan. Oleh kerana harga pasaran rendah pada masa kini, pekebun-pekebun kecil FELDA dan FELCRA memerlukan bantuan dari pihak kerajaan.
Kerajaan BN dibawah pimpinan Dato Sri Najib amat prihatin dengan nasib rakyat dan telah menghulurkan bantuan kewangan serta mengimplementasikan strategi pengawalan harga dulu. Dalam usahanya untuk menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan adalah kerajaan yang mementingkan rakyat dan ekonomi negara, pihak kerajaan harus merancang strategi di mana pendapatan hasil ladang negara dan pekebun-pekebun kecil tidak terjejas akibat daripada penurunan harga di pasaran dunia.
Persoalan dalam isu ini adalah :
1. Kenapakah kerajaan Pakatan sehingga kini masih tidak menunjukkan sikap mengambil berat atau bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan kedua-dua industri ini, sedangkan petani-petani kecil terutamanya sedang tenat menghadapi penurunan harga? Apakah perancangan kerajaan baru seandainya negara-negara EU berhenti membeli sawit daripada Malaysia?
2. Strategi seperti penangguhan cukai eksport sawit pada 8 Januari 2018 selama 3 bulan
semasa kerajaan BN telah sedikit sebanyak membantu dalam menstabilkan harga pasaran serta menaikkan saham-saham di kaunter bursa sektor perladangan sawit. Mengapakah Robert Kuok selaku ahli majlis penasihat kerajaan dan juga pelabur terbesar dalam industri hiliran sawit melalui syarikatnya Wilmar International sampai kini membisu dan gagal mencadangkan strategi atau tindakan susulan kepada kerajaan Pakatan untuk menstabilkan harga sawit?
3. Mengapakah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tuan Salahuddin Ayub, sampai kini belum melaksanakan strategi untuk menstabilkan harga komoditi sawit? Mengapakah beliau memberi fokus kepada pembukaan ladang ternak lembu sedangkan industri perladangan kini lebih tenat? Pihak Pemantau menegur agar jangan ianya sehingga ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran’.
Di manakah janji-janji Pakatan Harapan dalam menjaga kepentingan pekebun-pekebun kecil yang setelah sekian lama merupakan asas dan tonggak pembangunan negara? Adakah ini mencerminkan sikap acuh tak acuh pihak kerajaan baru terhadap nasib pekebun-pekebun kecil hanya kerana kesusahan yang dihadapi oleh golongan ini di luar fokus lensa media semasa? Jika tidak tahu macamana cara terbaik untuk membantu mereka, tidak salah jika kita mulakan dengan menerima cadangan Mantan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak dengan memansuh atau menangguhkan cukai eksport minyak sawit sebanyak 5%.
P/S : Memandangkan Media Arus Perdana telah menerima arahan untuk tidak menyiarkan apa yang kami bangkitkan, saya memohon jasa baik saudara-saudari untuk membantu kami bagi menyebarkan bahan yang kami sediakan disetiap saluran media sosial yang anda miliki seperti Whatapps, FaceBook, Instagram, Telegram, Wechat dan lain-lain medium. Semua bahan yang kami sediakan boleh diperolehi di channel telegram dibawah. Mohon jasabaik anda untuk meminta teman-teman dan sanak saudara anda menyertai Kebangkitan ini dengan menyertai channel tersebut : https://telegram.me/lokmanadam
Note: If everyone who likes our content helps fund it, it would help us bring more such content in the future. For as little as RM10, you can support The Third Force, and it only takes a minute. Click the donate button on the top right or follow the link HERE if you intend to make a contribution. Thank you.
