
Kerajaan akan menggubal akta baharu bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 secepat mungkin.
Bantahan penggunaan Akta Hasutan 1948 kedengaran semula apabila pendakwah yang juga ahli PKR, Wan Ji Wan Hussin ditahan di bawah akta itu atas kesalahan menghina institusi diraja baru-baru ini.
TTF: Kerajaan harus mengubal akta baru sedemikian rupa supaya mahkhamah mampu menimbang semula semua hukuman yang dikenakan bawah Akta Hasutan 1948 selepas 9hb Mei 2018.
Ini adalah bagi mencerminkan kejujuran PH menghapuskan Akta tersebut selaras dengan janjí manifesto PRU14.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menggubal akta baharu bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 secepat mungkin.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan kini dalam proses untuk menyusun peruntukan dalam akta tersebut.
“Kita menarik balik undang-undang dahulu (Akta Hasutan) untuk digantikan dengan undang-undang baharu.
“Kita dalam status menyusun semula ayat-ayat dalam undang-undang ini. (Kita lakukan) secepat mungkin,” katanya dalam sidang akhbar di Lobi Parlimen di sini hari ini.
Bantahan penggunaan Akta Hasutan 1948 kedengaran semula apabila pendakwah yang juga ahli PKR, Wan Ji Wan Hussin ditahan di bawah akta itu atas kesalahan menghina institusi diraja baru-baru ini.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas penahanan tersebut dan mendakwa mahkamah menjatuhkan hukuman yang bersifat drakonian terhadap Wan Ji.
Anwar turut berkata beliau akan berjumpa Dr. Mahathir bagi membincangkan isu tersebut.
Diadaptasi dari:
