Keputusan PRN: PN berjaya rampas majoriti PH-BN dengan mudah, MP mungkin hilang keyakinan terhadap Anwar-Zahid selepas ini

“Anwar dan Zahid wajib memikul tanggungjawab terhadap prestasi buruk PH-BN dan berundur secara kehormat atau tanggung risiko diundurkan sekiranya ahli-ahli parlimen hilang keyakinan terhadap mereka”

Raggie Jessy Rithaudeen

كڤوتوسن ڤرن: ڤن برجاي رامڤاس ماجوريتي ڤه-بن دڠن موده، مڤ موڠكين هيلڠ كيقينن ترهادڤ انور-زاهيد سلڤس اين

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Walaupun peratus yang keluar mengundi semalam di Pilihan Raya enam negeri di bawah paras jangkaan, Perikatan Nasional berjaya meraih 146 atau 59.6 peratus daripada jumlah kerusi yang menjadi rebutan.

Pada 2018, majoriti yang sama dipegang oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, dan Perikatan Nasional hanya memegang 36.7 peratus daripada jumlah 245 kerusi (rujuk carta di bawah).




Artikel bersambung di bawah carta ini:

Ini merupakan perubahan 180 darjah berbanding keputusan 2018, dan PN kini menduduki ‘takhta’ yang dahulunya didudki oleh PH-BN.

TONTON JUGA: ANALISA AWAL – PN CATAT PENINGKATAN LUARBIASA (59% JUMLAH KERUSI), KERJASAMA PH-BN GAGAL CAPAI MATLAMAT 

Ini sekaligus menjadikan PRN kali ini “referendum rakyat menolak gandingan PH-BN” di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Penolakkan rakyat terhadap Anwar paling ketara di Kedah, di mana PH hangus terus setelah menumpu seluruh jentera Pilihan Raya terhadap misi melunturkan populariti Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerusi fitnah, tangkapan dan dakwaan mahkamah.

Pada asalnya, PH memiliki 10 kerusi di negeri tapak semaian itu, namun jumlah tersebut jatuh terus ke angka sifar.

Ini menandakan rakyat tidak terbeli dengan naratif anti-Sanusi yang dimainkan hampir setiap hari oleh Anwar, Rafizi Ramli dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Loading...

Penolakan terhadap Anwar turut ketara di Selangor, kubu kuat PKR, di mana pegangan PN meningkat daripada tujuh ke 22 kerusi, kurang tujuh untuk melayakkan gabungan itu membentuk kerajaan negeri.

Di Pulau Pinang yang sinonim dengan gelaran “ibu kota DAP,” PN membuat kejutan apabila berjaya meraih 11 kerusi setelah merampas 10 daripada PH.

Manakala itu, UMNO mencatatkan prestasi terburuk dalam sejarah sepertimana juga pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Bukan hanya parti itu gagal menyalurkan sokongan Melayu-Islam kepada PH, majoriti penyokong UMNO yang sedia ada beralih sokongan kepada PN. PH juga hilang sejumlah besar penyokong Melayu-Islam di kubu-kubu kuat gabungan itu di Selangor dan Pulau Pinang.

Kesemua ini menandakan gandingan PH-BN gagal mencapai matlamat, malah gandingan ini merupakan antara sebab pencapaian PN meningkat di pantai barat.

Seandainya jumlah yang keluar mengundi pada PRN semalam mencecah 85 peratus, tidak mustahil Selangor kini berada dalam gengaman PN.

Apa yang pasti, PN berjaya membuktikan bahawa dakwaan kononnya gabungan itu menang 74 kerusi di PRU15 disebabkan ‘dana pilihan raya ditabur sana sini dalam jumlah yang besar’ merupakan fitnah semata-mata.

Ini memandangkan PN mencatatkan majoriti yang luarbiasa besar di PRN kali ini dalam keadaan calon-calon gabungan itu kekurangan dana dan jentera pilihan raya di banyak kawasan setelah akaun Bersatu dibekukan.

Anwar dan Zahid wajib memikul tanggungjawab terhadap prestasi buruk PH-BN dan berundur secara kehormat atau tanggung risiko diundurkan sekiranya ahli-ahli parlimen hilang keyakinan terhadap mereka.

TONTON JUGA: ANALISA AWAL – PN CATAT PENINGKATAN LUARBIASA (59% JUMLAH KERUSI), KERJASAMA PH-BN GAGAL CAPAI MATLAMAT 

#PMX #Anwar #PRN #PerikatanNasional



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...