KENYATAAN PRESIDEN JARINGAN MELAYU MALAYSIA BERHUBUNG PENGLIBATAN AHLI POLITIK DALAM SKANDAL KARTEL DAGING PERLU DISIASAT SEGERA

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

Apa saja isu salah laku dalam produk pemakanan yang berkaitan dengan soal ‘halal’ dan ‘haram’ tidak boleh dikompromi sama sekali.

Ini adalah soal makanan yang amat penting kepada keseluruhan umat Islam di tanahair kita.

Penipuan mengenai ‘halal’ serta ‘haram’ keatas mana-mana produk makanan adalah pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan sama sekali bukan saja dari hukum duniawi tetapi juga sudut aqidah agama Islam.




Kenyataan Hamdan Salleh selaku presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang menyatakan bahawa terdapat ahli politik yang dipercayai turut berkonspirasi dengan kartel mencampurkan daging import haram dengan halal mesti disiasat secara komprehensif oleh semua pihak penguatkuasa undang-undang.

Siasatan secara menyeluruh, professional dan teliti mesti jalankan oleh pihak penguatkuasa undang-undang yang berkaitan secara kadar segera.

Di waktu kerajaan PH memerintah; saya pernah terbabit dengan isu NFC untuk diselesaikan secara adil serta saksama demi kepentingan bagi menrealisasikan agenda ‘food security’ negara kita.

Sebab itu pada zaman pemerintahan PH Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah bersikap emosional atau berdendam tetapi berpegang pada prinsip keluhuran bagi menyelesaikan semua permasalahan secara ‘menang menang’ kepada semua pihak yang terlibat.

Setelah berpuas hati dengan ‘findings’ sebenar dan memahami segala bentuk kengkangan yang dihadapi oleh NFC sebelum ini maka satu formula ‘amicable solution’ dipersetujui secara konsensus oleh semua pihak yang terbabit.

Penyelesaian kes NFC melalui meja bulat telah dianjurkan secara bersama membabitkan syarikat NFC, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian serta Pejabat Peguam Negara pada waktu itu.

Kaedah penyelesaian yang dianjurkan oleh Perdana Menteri kerajaan PH amat telus dan pragmatik.

Loading...

Yang penting bagi Tun Dr Mahathir Mohamad pada waktu itu adalah untuk mendapatkan semula apa saja pembayaran yang harus dibayarkan oleh syarikat NFC kepada kerajaan.

Pendirian untuk ‘recover’ hutang piutang bagi pihak kerajaan lebih diutamakan dari mengambil pendekatan berdendam secara melulu.

Yang penting formula penyelesaian permasalahan ini dapat menjanakan semula pendapatan kepada kerajaan.

Jika sesiapa terbabit secara mendalam dalam kes NFC ini sebenarnya banyak digembar-gemburkan dan disensasikan secara berlebihan.

Banyak perkara atau fakta-fakta yang tidak betul juga diada-adakan. Waktu itu kami tidak pernah menuding jari kepada sesiapapun.

Kajian dan siasatan secara mendalam dilaksanakan sebelum memanggil semua pihak untuk duduk semeja bagi mencari formula penyelesaian secara terbaik atau teramanah yang mungkin demi kepentingan negara.

Kini, laporan polis telah dibuat oleh beberapa pihak dalam kes kartel daging import haram sepertimana yang dibongkarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Bagi saya yang pernah terbabit dalam kes NFC i”amat memahami permasalahan sebenar syarikat empunya orang melayu ini dan senantiasa berpegang pada asas kebenaran tanpa peduli mereka itu musuh mahupun sahabat.

Pihak kami bertindak berlandaskan fakta kebenaran. Prinsip berpegang pada asas kebenaran mesti digenggam erat oleh semua pihak tanpa kita boleh secara sewenang-wenangnya menganiayai sesiapa saja.

Kesemua pihak penguatkuasa undang-undang yang berkaitan dengan isu ini mesti menjalankan satu siasatan secara adil dan saksama bagi menampilkan kebenarannya.

Tindakan tegas harus diambil keatas semua petualang yang terbabit dengan kartel daging import haram ini tanpa sebarang bentuk kompromi.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...