KENYATAAN MEDIA: SAYA TUNTUT KOSMO, MALAYSIAGAZETTE SEGERA PERBETUL BERITA PALSU PENUBUHAN GPN

Saya merujuk kepada dua siaran berita yang dibawa oleh portal MalaysiaGazette dan Kosmo, bertajuk “Tun M mahu tubuh Gerakan Pejuang Nasional” (dibawa oleh MalaysiaGazette) dan “Tun M dijangka tubuh Gerakan Pejuang Nasional?” (dibawa oleh Kosmo).

Laporan MalaysiaGazette merujuk kepada satu poster yang dikatakan mendakwa “Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk menubuhkan satu gabungan baharu politik negara diberi nama Gerakan Pejuang Nasional (GPN).”




Manakala itu, Kosmo memetik portal “Edisi Siasat,” yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan wujudkan satu gabungan politik dikenali sebagai Gerakan Pejuang Nasional (GPN) dalam kalangan parti pembangkang.

Saya ingin menegaskan, bahawa segala dakwaan yang diutarakan oleh MalaysiaGazette dan Kosmo adalah tidak benar sama sekali, kerana penubuhan Gerakan Pejuang Malaysia adalah cadangan peribadi saya semata-mata, yang dibuat tanpa merujuk kepada sesiapa ataupun mendapat arahan mana-mana pihak, menerusi video di bawah ini:

Kenyataan bersambung di bawah video

Saya juga ingin menegaskan, sejelas-jelas mungkin, bahawa keseluruhan laporan Edisi Siasat yang menjadi sumber berita Kosmo adalah palsu dan berniat jahat, kerana portal berkenaan telah mengambil cadangan peribadi saya dan melaporkannya sebagai satu kebenaran yang ditokok tambah, yang kononnya dalam perancangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakikatnya, cadangan penubuhan Gerakan Pejuang Nasional bukannya cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang disampaikan kepada saya oleh mana-mana pihak atau menerusi mana-mana sumber, tetapi diilhamkan oleh saya sendiri dalam kapasiti peribadi saya sebagai pemerhati politik.

Justeru, saya menuntut agar kedua-dua MalaysiaGazette dan Kosmo membawa kenyataan media saya ini dengan kadar sesegera mungkin agar tidak timbul kekeliruan lanjut berhubung isu ini.

Loading...

Sekian

Tanpa Prejudis,

Raggie Jessy Rithaudeen



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...