
كڽاتأن كونونڽ محي الدين لتق جاوتن ڤلسو
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Sebuah kenyataan yang tular mengatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan untuk meletak jawatan selepas negara merekodkan kes harian Covid-19 yang tinggi adalah palsu.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri pada Sabtu.
Perdana Menteri juga didakwa akan menghadap Yang di-Pertuan Agung pada hari ini (Sabtu) untuk mengemukakan keputusan Mesyuarat Kabinet tersebut dan menasihatkan Yang di-Pertuan Agung untuk melaksanakan fungsinya di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi melantik seorang Perdana Menteri yang baharu.
SHAH ALAM: Sebuah kenyataan yang tular mengatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan untuk meletak jawatan selepas negara merekodkan kes harian Covid-19 yang tinggi adalah palsu.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri pada Sabtu.
Dalam kenyataan palsu bertarikh 10 Julai yang menggunakan nama Pejabat Perdana Menteri itu, Muhyiddin dikatakan memanggil suatu Mesyuarat Kabinet tergempar pada Sabtu bagi membincang hala tuju kerajaan ekoran kes positif Covid-19 yang semakin tinggi.
Kenyataan itu mendakwa Muhyiddin telah mengemukakan keputusan untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana sedar kerajaan yang diketuainya telah gagal dalam menangani wabak Covid-19 dan ia turut dipersetujui oleh Kabinet.
Perdana Menteri juga didakwa akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada hari ini (Sabtu) untuk mengemukakan keputusan Mesyuarat Kabinet tersebut dan menasihatkan Yang di-Pertuan Agung untuk melaksanakan fungsinya di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi melantik seorang Perdana Menteri yang baharu.
Diadaptasi dari:
WAJIB BACA:
Penipuan demi penipuan oleh anggota MKT, kali ini oleh Puad Zakarshi
