Kenyataan Ibrahim Ali tepat, alasan Azam Baki, Abu Zahar pelik, tidak boleh diterima

Minggu lalu, salah seorang ahli panel LPPR, Edmund Terence Gomez, meletak jawatan selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan-laporan yang membabitkan pegawai-pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan, termasuk Azam Baki. Sumber (gambar): Fail TTF

كڽاتأن إبراهيم علي تڤت، السن عزم باكي، ابو زاهر ڤليق، تيدق بوليه دتريما

Kenyataan Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Datuk Ibrahim Ali berhubung sidang media khas yang dikendalikan oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) semalam tepat dan sejajar dengan pendapat TTF.

Menurut Ibrahim, penjelasan pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang, memang mengejutkan dan hanya mengundang ketawa dan jenaka ramai kerana beliau menyatakan bahawa tiada isu terhadap Azam Baki.

Ibrahim turut mendesak Azam berehat kerana beliau perlu disiasat selain wajar menunjukkan teladan yang baik kepada penjawat awam lain khususnya pegawai SPRM.

Semalam, TTF menyuarakan pandangan bahawa wujud unsur salah guna kuasa dan kedudukan serta konflik kepentingan, memandangkan akaun yang digunakan untuk membeli saham yang dimaksudkan adalah milik Azam Baki, ketika beliau masih menjawat jawatan ketua pesuruhjaya SPRM.

Menurut Ibrahim Ali, penjelasan pengerusi LPPR adalah sehala dan tidak menyelesaikan masalah atau menjawab persoalan orang ramai.

Semalam, Tan Sri Azam Baki menjelaskan bahawa saham-saham yang dikaitkan dengannya selaku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibeli melalui pasaran terbuka oleh adiknya menggunakan akaun trading miliknya.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Menurut Azam Baki, perkara itu sudah dijelaskan kepada Panel LPPR dan ahli-ahli panel berpuas hati dengan penjelasannya.

Azam mendakwa beliau tiada kepentingan ke atas saham-saham yang dibeli oleh adiknya, Nasir Baki, dan atas dasar itu, tidak wujud soal “konflik kepentingan.”

Namun, Ibrahim berkata, banyak pihak mahu penjelasan lebih mendalam berkenaan punca kewangan Azam Baki membeli saham tersebut.

BACA JUGA: NAJIB TERSILAP PECAH LUBANG SENDIRI

Menurut Ibrahim, penjelasan pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang, memang mengejutkan dan hanya mengundang ketawa dan jenaka ramai kerana beliau menyatakan bahawa tiada isu terhadap Azam Baki.

“Alasan Abu Zahar ialah Azam Baki sudah memberi penjelasan bahawa adik beliau meminjam akaunnya bagi tujuan membeli berjuta saham.

“Saham-sahamnya ini juga sudah dipindahkan kepada adiknya. Alangkah hebatnya apabila seorang abang begitu baik dan terpuji demi membantu kehendak adiknya sendiri sehingga sanggup menjejaskan kredibiliti dan integriti sebagai Ketua Pengarah SPRM. Ini amatlah mengejutkan serta membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Loading...

Sebelum ini, Abu Zahar dipetik oleh media arus perdana sebagai berkata, LPPR berpuas hati dengan penjelasan Azam Baki berhubung dakwaan memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

Abu Zahar berkata, hasil penjelasan dibuat, pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya milik Nasir Baki iaitu adik kepada Azam dan LPPR mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau ‘conflict of interest’ dalam perkara tersebut.

Ibrahim bagaimanapun mempersoalkan mengapa sebelum ini pengisytiharan tersebut tidak dimaklumkan dari awal bagi mendapat kebenaran pihak atasan dan mengelakkan konflik kepentingan serta prasangka buruk terhadap penjawat awam.

Tambah beliau, jalan terbaik ialah pihak kerajaan perlu menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu tersebut dengan segera sementara Azam Baki pula wajar didesak bercuti bagi memudahkan siasatan dijalankan.

Ibrahim turut mendesak Azam berehat kerana beliau perlu disiasat selain wajar menunjukkan teladan yang baik kepada penjawat awam lain khususnya pegawai SPRM.

Semalam, TTF menyuarakan pandangan bahawa wujud unsur salah guna kuasa dan kedudukan serta konflik kepentingan, memandangkan akaun yang digunakan untuk membeli saham yang dimaksudkan adalah milik Azam Baki, ketika beliau masih menjawat jawatan ketua pesuruhjaya SPRM.

Minggu lalu, salah seorang ahli panel LPPR, Edmund Terence Gomez, meletak jawatan selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan-laporan yang membabitkan pegawai-pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan, termasuk Azam Baki.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Kantoi lagi: Fitnah kononnya Mahathir rasis melantun balik kat Najib – Orang Cina bukan bodoh

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...